Dapur Tanpa Sempadan...

Dari LyssA SecreT

Khamis, 1 Januari 2009

Senarai Jawapan Peserta 1 ( 8 )

Berikut adalah senarai peserta : 58 , 1 , 79
KOD : 58

Nama : Cik Lily Puith
Jawapanya :
Berumur 31thn. Menetap di Bangi Selangor. Sudah 2 tahun berkahwin dengan suami tercinta dan belom mempunyai cahaya mata lagi. Bekerja di dalam sektor pembinaan di Cyberjaya.

Di waktu lapang gemar memasak, beriadah, menyanyi, melancong, melayari internet, menulis di blog.

Keistimewaan? Rasanya saya tidak mempunyai sebarang keistimewaan apa pun. Tapi gemar membaca apa jua bahan yang terlintas di hadapan mata. Salah satunya majalah, novel, suratkhabar hingga ke bahagian iklan juga, dan pelbagai lagi. Kamus juga tidak ketinggalan, bagi saya kamus itu sumber ilmu yang tak terhingga. Seronok sebenarnya membaca.ia menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya.


Keistimewaan saya.Membaca. Saya boleh mebaca banyak bende. Contohnya kamus, majalah, suratkhabar.


KOD : 1

Assalamualaikum….
Saya Nur Fariza Abd Rashid.
Dilahirkan 28 tahun yang lepas pada bulan November. Dibesarkan di Alor setar dan menuntut ilmu sejak dari zaman kanak-kanak di Alor Setar sehinggalah menamatkan pengajian di menara gading di sebuah universiti di Selangor. Saya merupakan anak sulung dari dua beradik perempuan.

Bagi saya,setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri bukan?.Semua orang punya kelebihan yang yang tersendiri.Kelebihan yang boleh saya gambar kan tentang diri saya tidak lah banyak.

Saya memilih gambar Bunga.Sebab bagi saya bunga adalah penyeri kehidupan, menghiasi dan mewarnai kehidupan insan disekeliling dengan keindahannya tersendiri Begitu juga saya. Apa kaitan gambaran bunga dengan saya? Bunga itu ibarat senyuman yang terukir dibibir saya. Susah mana pun diri saya tetap akan cuba hiburkan hati-hati insan disekeliling saya.
Kedua Matahari. Matahari ibarat isi dan hati saya menyinarkan cahaya pada yang memerlukan .Saya cuba jujur dalam apa jua yang saya lakukan dalam kehidupan.Pada sahabat atau keluarga.Kerana bagi saya kejujuran dan keiklasan adalah sifat yang perlu ada pada setiap insan.Kita kena jujur pada diri. Barulah kita mampu jujur pada insan lain.Dan ini lah sifat dan kelebihan diri saya.Tidak lah banyak tapi ini lah serba sedikit tentang gambaran diri saya
Oleh itu, bersyukurlah dengan anugerah dari yang maha Esa.Tidak lah perlu berlebihan dan Senyumlah selalu.Saya akhiri dengan maaf andai ada tersilap kata.

KOD: 79

JAWAPAN: Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya Myra Kimi..anak kedua dari 4 orang adik beradik..saya dilahirkan di Kedah tp dibesarkan di Pulau Pinang..Bertugas sebagai seorang Guru Tadika di Pulau Pinang..Setiap hari saya akan didampingi oleh kanak-kanak yang comel dan nakal..erm...bunyinya agak menarik bukan...sejujurnya saya sendiri tidak mengetahui keistimewaan dan kelebihan diri saya. Sudah nama pun manusia, saya sendiri punya kelemahan. Saya seorang yang ceria dan sukakan muzik, suka tidur, suka senyum, ketawa dan ketawa..hahaha...Mungkin salah satu keistimewaan saya adalah saya seorang yang peramah dan suka bertanya.Tak kisahlah apa jua topik dan subjek, saya pasti menyertainya kerana saya seorang yang berfikiran terbuka..dengan kerap bertanya, saya pasti satu hari akan ada satu perkara baru yang saya belajar. Sikap ini jugalah membuatkan saya mempunyai ramai kawan..gambar di bawah ini cukup untuk menceritakan bagaimanakah saya..hehehe...Sekian..

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI