Apa nak buek ari ni ?

by - Ahad, September 27, 2009

Setelah dikejutkan oleh wife aku yang mengatakan bahawa abangnya nak balik ke Perak , aku bingkas bangun lalu mandi..Kemudian aku turun ke bawah .Menanyakan ke mana arah tujuannya sebelum balik ke Perak , dia nak ke Bukit Bintang terlebih dahulu untuk menukar laptop yang baru dibelinya kerana tidak berpuashati..Laptop yang dibelinya itu adalah second hand..mmg dia nak cari yang second hand tapi tidak berpuashati kerana setelah dibelek oleh aku , dengan harga yang dibelinya , dia mampu mendapatkan yang baru !

Abis berbincang , kami keluar ke Precint Diplomatik untuk bersarapan pagi...


Maka bersarapan pagilah aku disini...

Hanya makan roti canai telur ( yang dah lama giler aku tak makan memandangkan aku tak tau nak makan apa dah ) dengan air milo panas..Harga yang tertera kat situ cumalah rm1.50 ...harga milo tak perasan lak..belasah je la..

Yang ikut bersama aku masa tu , wife n abang iparku beserta keluarganya..


Berdekatan dengan restoran tadi tu adalah pasaraya Mydin..

Disini jugak terdapat pejabat Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya..ermmm..area bangunan kat sini boleh tahan cantik gak la..manakala rumah rumah banglo n teres , harganya mmg mencecah ratusan ribu malah ada yang sampai berjuta..perghhh




Ok..sebelum nak balik tu , abang ipar aku ni ada meniaga secara besar-besaran..dia ada bagi sedikit barangan jualannya..kot la nak masukkan jual kat opis kecil-kecilan...aku ? ikut kan je la..tapi bila aku perhatikan barangnya...mmg aku sendiri pun berkenan...cuba la tengok sendiri apa kemendanya..

Kalau korang kata biasa tengok , mmg biasa tengok..cuma yang ni batu-batunya dari Korea...berat n buatannya mmg cantik..aku bukanlah nak promote kata bagus barang ni..cuma aku ni jenis kalau nak membeli mahupun menjual , aku tengok dulu sesuai atau tidak nak menjual..malas nak jual kalau barang tak elok tapi dijual pada orang..ermm...sebab tu wife aku pilih yang elok elok je...aku pun buat tapisan gak..harga ? hehe..kat luar mahal lagi kot..sebab menurut abang ipar aku tu , dia jual kat teluk intan , pada harga yang tinggi ...laku ! tu pun pakat mengorder lagi..ni kira stok baru masuk ...dia g amik n tunjuk kat kitorang..








Ok la..ni antaranya la ..tak larat nak masukkan semua pic yang ada ,dengan coverage maxis yang teruk kat area ni..kalau kat opis tu , cantik la skit...full bar...apa pun , batu batu dia mmg berkilat...n berat..kira nak pakai pun sedap la tangan tu..tak la ringan je ...sapa berminat nak beli mahupun nak jadi agen ..bleh la habaq no..heheh..bukan bisnis aku...abang ipar aku nyer..aku cuma berminat nak tulis dalam blog aku je...

jumpa lagi malam kang...daaaa

You May Also Like

1 comments