Hari Ke Enam Di Kelantan - Kenduri Kawin

by - Khamis, September 24, 2009

Menjelang tengahari , kelaparan perut ku memaksa aku ngan yang lain kena g makan kat kenduri kawin yg kebetulan kat sebelah umah ...pengantin perempuan merupakan anak buah mak mertua aku..

Nak tak nak , kena g gak sebab mak mertua aku tak masak tengahari tu..hehe..maka bergerak la aku ngan ipar duai aku bersama anak-anaknya..

Setakat ni , kenduri kawin yang aku g kat kelantan ni ( setakat ni baru 2 la..hehe...cerita cam dah banyak je kan..) akan buat pada hari hari biasa...asalkan ada cuti panjang...tak cuti panjang pun diorng akan buat gak...sama ada pada hari jumaat mahupun sabtu ahad..hari lain aku tak tau lak..tak dapat infomasi..

Kenduri diorng pulak , sangat la simple... khemah yang disediakan hanyalah untuk tempat letak makanan..tetamu yang datang lak , takde meja..cuma kerusi disediakan..so kena pegang la pinggan tu..


Cuba tengok tu...simple kan...ni kat tepi jalan je nih...

Majlisnye lak...ada sampai ke malam...walaupun berarak tu dah dibuat sebelah petang , tapi ada tetamu yang datang sampai ke malam..tuan rumah akan melayan juga la..






Akan diwujudkan dua kumpulan...lelaki dan perempuan...berasingan...senang nak makan gitu..takde nak segan segan ...

Apa pun , rasanya kos kenduri kendara di Kelantan tidak tinggi berbanding di KL..yang mana kos kenduri saja boleh mencecah 10k..dgn kos sedemikian , kat kelantan leh kawin 2 gitu..hahahha


Nak letak gambar pengantin , tak boleh..sebab tak tanya keizinan dari dia..nanti marah lak suami dia..tak pasal pasal kena saman..So begitu la serba sedikit majlis perkahwinan di Kelantan , sepengetahuan aku la..kalau ada yang terlepas pandang tu..minta maaf la yer..

Oh ya, kat sini gak , jarang nak tengok pengantin bersanding ...mereka akan berarak kemudian terus makan beradap...pastu sessi fotografi...cool..hehhe

Selesai majlis tu..aku balik layan dvd kuliah Dr. Mohd Asri..kasi makan minda ni skit ngan ilmu agama..lepas layan satu disc..masuk zohor , g berjemaah kat masjid belakang nun...balik dari tu...sambung skit sebelum mak mertua aku ajak g kenduri kat Ketereh...aku ngan wife aku g antar je...



Inilah dia , ibu mertua ku...hehehe....dah bersara..dulu jururawat kerajaan..

Suka memasak..pantang menantu-menantu dia balik...abis dia masak..sampai tak larat la nak makan...sampai aku dah tahap teringin maggie..haa...bayangkan...maksudnya , dok makan berlauk je..maggie kan letak telur je..hahahah

Apa pun , aku bersyukur dapat ibu mertua yang teramat baik orangnya..Alhamdulillah....ayah mertua sama gak..satu pala la diorng ni...


Inilah gaya aku sementara tunggu mak mertua aku tu abis makan..malas nak g join sebab dia jemput mak mertua aku je...
Aku turun kan mak mertua aku tu kat depan umah , pastu aku gerak kat depan skit..

Mak mertua aku ingat aku g umah makcik wife aku kat kg berdekatan..so lepas makan dia datang kat keta..terus g umah adik dia kat kg sebelah situ gak..

Kemudian aku terus mendrivekan kereta itu sampai ke umah pokcik 'ka' tu...mak mertua aku nak amik ketupat pulut..aku tak gomar memula..tapi bila dah pekena satu...abis 4 !!!! huwaa..dah la minyak banyak..belasah je la..balik kl nanti , g gym abis abisan...


Inilah dia pokcik 'ka' tuuu...nama penuh ,tidak diketahui..
Suka tersenyum...hehehe..murah rezeki..

Bila dah tapau ketupat tu...dalam rm 60 ...satu 60 sen....mahal ? tapi sedaaaaaaaaaapp..



Balik dari sana..singgah sat nak beli mentega...wife aku kalut nak ajar anak buah dia yang baru darjah 4 buat kek coklat...so beli la kat Econ Jaya...


Tu bangunan color pink tu la Econ Jaya...ok la...pasaraya kecilan untuk penduduk tempatan ...

Bila dah petang , baru sampai umah...
Aku segera mandi..buka laptop , upload pic..baru nak bukak je blog..dah azan..tak reti reti nak g masjid ???? hahahaha....








Inilah hasil kek yang pertama kali mereka buat..seperti biasa..aku antara mangsa mereka yang menjadi bahan untuk merasa kek ciptaan mereka...dan seperti lelaki lelaki lain , akan berkatalah...sedapnyaaa kek ini walaupun...hanya Allah Maha Mengetahui..



So cerita aku setakat sampai sini je la..agak kurang menarik skit kan...esok insyaAllah , cerita akan menjadi lebih menarik sebab perjalanan pulang yang akan mengambil masa ..entah berapa jam..aku dah standby bateri kamera dua bijik...fully charged..harap tak terlepas sesuatu yang menarik...insyaAllah...terima kasih pada yang sudi membaca...

You May Also Like

1 comments

  1. kenduri kawen kat kelate di panggil bekwoh.gulai daging pun sedap dan di masak secara kawah.
    ala bro, hanya setahun sekali makan ketupat pulut tu hehe..
    nati balik kL gi gym..maintain balik ;)

    BalasPadam