Hari ni perjalanan hidup aku paling berbeza sekali...sejak aku ada lesen kereta , ini lah kali pertama aku memandu dari putrajaya ke cheras untuk ke pejabat...Semua ini berlaku disebabkan wife aku nak g kursus kat Nilai , bermula hari ini sehinggalah Jumaat..
Dia akan pergi ngan kawan dia ...kereta , akan aku bawak la...so boleh save skit dari lrt tu..kalau tak , dari lrt ke rumah mak aku setiap kali pergi dan pulang gym , rm8...kali ni leh save skit ..
Semalam ....lepas aku menguruskan badan kat gym ,g makan malam kat bangi...ari tu kan aku ada cerita kat korang yang aku g makan kat yunkies hutt...pastu aku kata aku nak makan kat restoran yang berhampiran dengan Yunkiess Hut tu kan..haa...semalam termakbullah impian aku tu..haaa..dah asik dok tengok je tempat tu , dapat gak makan kat situ..
Nama tempat ni, Rimba Klasik...kat area Bangi..kalu korang nak alamat penuh , nanti aku carikkan ek..Dari luar , mmg nampak menarik restoran ni..dengan lampu yg banyak , hiasan yang simple menghidupkan selera makan malam aku..
Dari Putrajaya , wife aku datang jemput aku dalam kul 9 gitu..kemudian dengan menggunakan highway ke bangi cuma mengambil masa dalam 15-20 minit...dekat je...sementara tunggu nak sampai , aku amik kesempatan melelapkan mata sekejap...tersangat mengantuk dan letih..
Sedar-sedar je dah nak sampai...ermm...perut dah menyanyi nyanyi tanpa had dah ni...dah bercampur aduk irama...Tengok la sendiri tempat ni...ok kan ? bersih dan cerita..layanan pon , boleh tahan la..tak sombong...aku tengok ramai orang muda ke sini..yang bawak keluarga pun aada...sesuai untuk berdating..
Cuma dari segi makanan , bagi aku..ok je..cuma wife aku kata kat Yunkiess Hut tu sedap lagi..lebih lagi tom yam dia...aku tak nafikan yang tu la...
Malam ni pulak , aku tak tau nak makan pe memandangkan aku keseorangan..yang aku nampak maybe la , nak beli char keow teow...tu pun kalau aku rajin..kalau tak , lepas workout kat gym , sah sah aku terus je tido...hahaha...ngantuk ...ni pun ngantuk giler...beshnyaaa dapat tidooo...
Sekali lagi , aku mohon maaf sebab entry yang sebelum ni tidak membina langsung..huhu...bukan kering idea cuma aku tak bergerak ke mana mana dan kekurangan mood nak menulis...kalau paksa gak menulis , hasilnya macam hari tu la...mengarut !...kan kan..
Pada wife aku yang nak g kursus kat Nilai tu, hati hati....jgn merayau...luv u..miss u...
0 komen:
Post a Comment