BERSYUKURKAH KITA ?

by - Khamis, Disember 17, 2009

Awal pagi lagi aku dah sampai pejabat...ermm...ramai lagi yang masih belum sampai..kebanyakkan masuk diantara 8.00 - 8.30 pagi..

Penjawat awam hari ini menerima baki bonus sebanyak RM250 manakal pegawai pula ( yang bergred 41-52 , kalau tak silap aku ) menerima RM500....yang kontrak pula , aku tak pasti ( huhu ) ..

Bagi sesetengah orang , jumlah tu kecil dan ada pula yang bersyukur..ada gak duit poket..

Tapi nak diikut ikut la kan , dalam keadaan ekonomi nazak , dengan kerajaan yang dah takde duit ni , jumlah tu tinggi ...setanding dengan tanggungjawab yang diamanahkan..tak yah la marah..cuba la pk sendiri...dari masuk kerja sampai abis waktu kerja...berapa percent yang benar benar buat kerja..haa..termasuk aku ni pun..huhu..lebih kurang je ...

Aku bukanlah nak kondem kan sapa sapa cuma bersyukur la (termasuk aku..huhu..sian kat aku kan )....berapa pun yang diorng bagi ,terima je...tak bagi pun ..ok jee...kan kan ?

fikirkan yang diluar sana yang masih tercari cari kerja...pening pala tau dok mencari kerja ! kalau yang ada keluarga ? camana ? aku pernah lalui semua tu...bertahun lamanya...kalau korang cari entri entri aku yang sebelum ni , ada aku cerita kan semua tu..

Apa pun , selamat pagi dan bekerjalah selagi boleh bekerja..jgn sampai meminta sedekah pada orang lain...gunakan keistimewaan yang Allah berikan pada kita...mencari rezeki bukan sekadar bekerja dengan orang lain tetapi dengan dengan kemampuan kita.."semua orang boleh kaya dan tak semua orang boleh miskin !" Fikir-fikirkan..







You May Also Like

0 comments