Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 18 September 2009

Balik kampung - part 1

Pagi yang tenang..kat jalan raya pun tenang.Erl pun tenang.Lrt pun tenang.kat opis pun tenang.Semua tenang jer..sekejap lagi tak tau la camana lak..Pagi ni aku dikejutkan dengan satu status rakan aku di fb..dia mengalami kemalangan yang teruk berhampiran dengan tol Bukit Raja. Dikatanya keretanya rosak teruk tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan.Syukur pada Allah..

Persiapan aku untuk ke Kelantan dah disettlekan pagi tadi..semua dah loading masuk dalam keta..cuma tinggal songkok DIN WAHAB kesayangan ku...mana tak sayangnya , dapat free..hehehe..songkok tu ada aku tinggalkan kat umah mak aku nun di Cheras tu..
Baju melayu warna cekelat...ada garis garis tak nampak...invisible gitu..kira kalau aku pakai , invisible gk la...nampak aku makin kacak..hahaha...yelah , tau korang meluat ..tapi hakikat kannnn...bukan pinta ku jadi kacak begini..puas nak buat jadi biasa..tapi tak mampu..so biaq p je la..

Selain pakaian , kuih muih , duit raya , television lcd aku pun aku bawak woooo...tu nak tinggalkan kat umah mak aku tu...bukan pe...takut penyangak masuk umah ...kebas lcd kesayangan aku tu..nak beli baru , bukan tak mampu, mampu tapi kalau bley jimat , aku nak jimat..nak beli set workout lak..hahahaha...selain tu..aku bawak , digital camera, laptop ( untuk aku update blog nieh..kemaruk dah ) , handycam ( untuk aku rekodkan perjalanan ku ke Kelantan nanti..mana tau ada permandangan menarik dan tak menarik untuk direkodkan )..jadi , kat umah aku tu...yang tinggal barang-barang berat je la..takkan diorg nak kebas perabot,mesin basuh , peti ais, meja makan , pasu bunga ( yang hidup segan mati tak mahu itu ) ...takkan diorng sampai hati kot nak kebas ? kalau kebas gak , nampak sangat kemaruk nak guna duit.
Bukan apa , dah ada laporan rumah kena pecah masuk..apa yang dikebasnya cuma lcd...bengong tul pencuri tu...g la curik kat court mammoth ke , sen q ke..kan banyak pilihan..siap ada katalog lagi tu..



Inilah rupa ruang tamu umah aku...masa ni wife aku kalut ngan biskut raya..aku jadi assistant dia je...buat 5 minit , rehat sejam...hahahahah..tatak guna ini olang woo...


Bila sampai masa , mengikut perancangan akan aku bergerak menolak keretaku yang bukan milikku itu dalam kul 12 lebey..menuju ke sentul terlebey dahulu untuk mengambil adik iparku yang bakal mendrive kereta itu terlebey dahulu sehingga dia tak larat untuk mendrivenya.Bakal diganti oleh isteriku manakala aku duduk dibelakang sebagai bos berpangkat DATUK SERI..hahahah..acah je laaa...takkan aku sekejam tu..aku kena drive gak..wife aku je dok belakang...aku bagi dia setengah jam..pastu , aku akan nampak cermin belakang dengan clearnya sebab wife aku tu ' dah sampai kelantan ' terlebey dahulu ..hahahaha..dia tido leee maknanya (bagi yang tak paham maksud ku itu ) ..Nampak gaya , jamak je la kat mana mana surau atau masjid yang bakal dilalui aku..Aku berdoa agar cuaca sepanjang jalan tenang walaupun banyak kereta . Yang penting , sikap pemandu ..jgn ada yang gelojoh nak sampai cepat.Kita yang berhati-hati nanti terpalit jugak disebabkan kecuaian dia ..

Balik kg...woooo balik kg....

Tengahari karang ...mengikut perancangan ,akan aku dan wife aku tinggalkan bandaraya metropolitan yang sudah dikenali di mata dunia ini...KUALA LUMPUR BANDARAYA. Pergi menuju ke bandaraya yang agak jauh ketinggalan di Malaysia ini. Dulu , aku cukup takut dengan negeri KELANTAN ..

Dulu tu , zaman kejahilan aku la..Tak la kata sekarang ni aku dah tak jahil..still jahil..tapi berpengetahuan la jugak berbanding dulu..hehe..ok...tamo ngarut..Bila dengar je KELANTAN , aku terbayangkan sebuah bandar yang mana orang lelakinya senantiasa berketayap, berserban,berjubah manakala wanitanya dengan bertudung labuh , menutup muka dan banyak lagi la yang mengerikan aku..Teringatkan kisah-kisah sejarah Islam di zaman Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W , dengan hukuman-hukuman yang menakutkan seperti potong tangan,sebat,rejam dan sebagainya cukup membuatkan aku takut untuk mendekati mana mana gadis dari negeri Kelantan ini.Mana la tau mereka mengamalkan hudud.. Hehehe..walaupun cantik dan ayu , aku rela tengok mereka dari aku kena pakai serban satu hari nanti bila berkahwin dengan mereka..Tu baru orang-orangnya ..belum masuk lagi bab nak ke sana..Bila bertanyakan sahabat yang mana pernah pergi ke sana, mereka berkata , mmg jauh sangat .

Dengan jalanraya yang masih lagi 2 lorong , melalui jalan berbukit bukau lagi membuatkan aku tidak berminat pada gadis Kelantan. Bila bertanyakan kemudahan-kemudahan yang ada di sana , sangat membuatkan aku tidak mahu tinggalkan KUALA LUMPUR.

Tapi itu dulu !! Dulu yang penuh dengan kejahilan tentang dunia ini.
Bila aku mula menjejakkan kaki aku di kementerian yang sangat banyak berjalan-jalan dalam MALAYSIA ini , baru aku sedar...sesungguhnya bandar-bandar lain tidak jauh menariknya dari Kuala Lumpur malah lebih tenang. Sesekali amatlah seronok keluar dari bandar yang penuh dengan kebisingan tak kira siang malam.

Pertama kali aku jejakkan kaki aku di Kelantan ini , aku dah jatuh cinta.Rupa-rupanya negeri Kelantan ini amatlah menarik sekali..sangat menarik..Apa yang menarik , aku pun tak tau tapi menarik..hehehe..jangan pening yer...Orang-orangnya , aku tengok takde bezanya di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain .Sama jek..Aku takutkan bayang-bayang aku sendiri rupanya . Cuma aku terkilan tidak ada lebuhraya yang lengkap disini sebagaimana lebuhraya ke utara selatan.Kalau lah ada..aku rasa ,warga Kelantan yang ada di negeri-negeri lain pasti akan ulang-alik ke Kelantan tiap-tiap minggu.

Tentang bahasanya , aku rasa takde bezanya dengan loghat negeri lain..mmg susah nak paham tapi bila kita dah bergaul dengan mereka , lambat laun kita akan faham jua.Ada jugak aku pernah dengar , mereka berkata orang negeri Kelantan ini bersikap perkauman.Bagi aku, sama je...Tak kira dari negeri mana sekali pun , sahih mereka akan cari kumpulan mereka sendiri. Cuma orang Kelantan ini rasa mereka senang dengan kumpulan mereka sendiri sbb mudah nak berbicara dalam bahasa mereka. Tapi tak semua..Sama je semua..Sedar ngan tak sedar je orang yang bercakap tu..Aku sendiri dah berkawan ngan macam-macam orang dalam Malaysia ni....aku bukan jenis prejudis..aku berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Yang penting ikhlas dan tau menjaga hati kawannya.. Ada jugak aku dengar , orang Kelantan ni , skit skit nak balik kg...aku rasa...semua mcm tuuu...

Cuma Kelantan ni nak balik kg jauh skit...ala...kalau dah sayang , ikut je la..kalau dah tak suka, dekat pun rasa cam nak g matahari..kan kan..

Apa pun bagi aku , Kelantan adalah sebuah negeri dikalangan negeri-negeri terbaik di dalam Malaysia. Tak perlu risau bila ke sini. Cuma digalakkan gunalah kenderaan sendiri..senang nak berenti kat mana-mana.Shopping pun best wooo....Walau bagaimana pun , aku pasti merindui Kuala Lumpur nanti..rindu dengan hiruk pikuk kebisingan dan kesibukkan warga kotanya tak kira siang malam.

P/s : Aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan berdarah Pulau Pinang. Bukan masuk bakul angkut sendiri yer....
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI