Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 24 September 2009

Hari Ke Enam Di Kelantan - Kenduri Kawin

Menjelang tengahari , kelaparan perut ku memaksa aku ngan yang lain kena g makan kat kenduri kawin yg kebetulan kat sebelah umah ...pengantin perempuan merupakan anak buah mak mertua aku..

Nak tak nak , kena g gak sebab mak mertua aku tak masak tengahari tu..hehe..maka bergerak la aku ngan ipar duai aku bersama anak-anaknya..

Setakat ni , kenduri kawin yang aku g kat kelantan ni ( setakat ni baru 2 la..hehe...cerita cam dah banyak je kan..) akan buat pada hari hari biasa...asalkan ada cuti panjang...tak cuti panjang pun diorng akan buat gak...sama ada pada hari jumaat mahupun sabtu ahad..hari lain aku tak tau lak..tak dapat infomasi..

Kenduri diorng pulak , sangat la simple... khemah yang disediakan hanyalah untuk tempat letak makanan..tetamu yang datang lak , takde meja..cuma kerusi disediakan..so kena pegang la pinggan tu..


Cuba tengok tu...simple kan...ni kat tepi jalan je nih...

Majlisnye lak...ada sampai ke malam...walaupun berarak tu dah dibuat sebelah petang , tapi ada tetamu yang datang sampai ke malam..tuan rumah akan melayan juga la..






Akan diwujudkan dua kumpulan...lelaki dan perempuan...berasingan...senang nak makan gitu..takde nak segan segan ...

Apa pun , rasanya kos kenduri kendara di Kelantan tidak tinggi berbanding di KL..yang mana kos kenduri saja boleh mencecah 10k..dgn kos sedemikian , kat kelantan leh kawin 2 gitu..hahahha


Nak letak gambar pengantin , tak boleh..sebab tak tanya keizinan dari dia..nanti marah lak suami dia..tak pasal pasal kena saman..So begitu la serba sedikit majlis perkahwinan di Kelantan , sepengetahuan aku la..kalau ada yang terlepas pandang tu..minta maaf la yer..

Oh ya, kat sini gak , jarang nak tengok pengantin bersanding ...mereka akan berarak kemudian terus makan beradap...pastu sessi fotografi...cool..hehhe

Selesai majlis tu..aku balik layan dvd kuliah Dr. Mohd Asri..kasi makan minda ni skit ngan ilmu agama..lepas layan satu disc..masuk zohor , g berjemaah kat masjid belakang nun...balik dari tu...sambung skit sebelum mak mertua aku ajak g kenduri kat Ketereh...aku ngan wife aku g antar je...



Inilah dia , ibu mertua ku...hehehe....dah bersara..dulu jururawat kerajaan..

Suka memasak..pantang menantu-menantu dia balik...abis dia masak..sampai tak larat la nak makan...sampai aku dah tahap teringin maggie..haa...bayangkan...maksudnya , dok makan berlauk je..maggie kan letak telur je..hahahah

Apa pun , aku bersyukur dapat ibu mertua yang teramat baik orangnya..Alhamdulillah....ayah mertua sama gak..satu pala la diorng ni...


Inilah gaya aku sementara tunggu mak mertua aku tu abis makan..malas nak g join sebab dia jemput mak mertua aku je...
Aku turun kan mak mertua aku tu kat depan umah , pastu aku gerak kat depan skit..

Mak mertua aku ingat aku g umah makcik wife aku kat kg berdekatan..so lepas makan dia datang kat keta..terus g umah adik dia kat kg sebelah situ gak..

Kemudian aku terus mendrivekan kereta itu sampai ke umah pokcik 'ka' tu...mak mertua aku nak amik ketupat pulut..aku tak gomar memula..tapi bila dah pekena satu...abis 4 !!!! huwaa..dah la minyak banyak..belasah je la..balik kl nanti , g gym abis abisan...


Inilah dia pokcik 'ka' tuuu...nama penuh ,tidak diketahui..
Suka tersenyum...hehehe..murah rezeki..

Bila dah tapau ketupat tu...dalam rm 60 ...satu 60 sen....mahal ? tapi sedaaaaaaaaaapp..



Balik dari sana..singgah sat nak beli mentega...wife aku kalut nak ajar anak buah dia yang baru darjah 4 buat kek coklat...so beli la kat Econ Jaya...


Tu bangunan color pink tu la Econ Jaya...ok la...pasaraya kecilan untuk penduduk tempatan ...

Bila dah petang , baru sampai umah...
Aku segera mandi..buka laptop , upload pic..baru nak bukak je blog..dah azan..tak reti reti nak g masjid ???? hahahaha....








Inilah hasil kek yang pertama kali mereka buat..seperti biasa..aku antara mangsa mereka yang menjadi bahan untuk merasa kek ciptaan mereka...dan seperti lelaki lelaki lain , akan berkatalah...sedapnyaaa kek ini walaupun...hanya Allah Maha Mengetahui..



So cerita aku setakat sampai sini je la..agak kurang menarik skit kan...esok insyaAllah , cerita akan menjadi lebih menarik sebab perjalanan pulang yang akan mengambil masa ..entah berapa jam..aku dah standby bateri kamera dua bijik...fully charged..harap tak terlepas sesuatu yang menarik...insyaAllah...terima kasih pada yang sudi membaca...

Hari Ke Enam Di Kelantan - Mencari Nasi Kerabu Kegemaran Ku

Lepas dari solat subuh tadi , aku tak tido terus sampai la skang , yakni ketika aku mengupdate blog ini..dah kul 11.17 pagi...plan nak tido balik pastu terbatal bila wife aku masuk dan ajak aku g cari nasi kerabu yang aku minat tu kat Ketereh..

Dengar je nasi kerabu , terus aku kata . 'ok'..hahahah..Dengan sepantas superman selaju spiderman sehensem batman , aku menyiapkan diri aku sesempoi yang boleh..hehehe...yela , nak g beli nasik je..bukan nak g ngorat sapa sapa pun...kan kan..caaakk..eheheh..jgn mare...

So dengan baju biru jenama buaya , berseluar tracksuit ,bercap n berkaca mata , aku kelihatan amatlah segak...cewah..ahhaha....ala ala clark kent sebelum tukar jadi superman la , menghidupkan enjin kereta .Berdoa agar keta tak buat hal..kot masalah bateri...esok dah la nak balik...tak ke kes naya nanti...

Inilah rupa aku di waktu pagi...ngan muka toya , aku menempuh jalanraya yang bleh tahan gak sesak ..Melalui Ketereh untuk ke kedai nasi kerabu tu...selain dari nak membeli nasi kerabu tu..wife aku ajak g antar bungkusan kawan dia yang dikirim dari madinah..minta wife aku hantar pada orang tuanya yang duduk berhampirang Ketereh tu..

Aku tanya dia , nak beli dulu atau antar dulu bungkusan tu ?
Dia jawab beli pastu antar..aku sebagai dreba rasmi 'istana negara
ikutkan ajaaa...

Inilah pekan Ketereh...biasa la ..tak la grand sangat..standard pekan ler...tapi apa pun , time ni keta dah banyak...

Pekan ni , mcm pekan lain gak..ada jual macam macam..tapi ini bukanlah destinasi aku...

Destinasi aku, atas skit dari sini..


Bila sampai tempat nak dituju tu..rupanya tokey kedai tu masih rayaaaaa...adoii..kempunan den..tak pe la..takde rezeki aku...balik makan kat umah je la karang..

Pastu aku teruskan perjalanan aku ke kg kawan wife aku tu..untuk menghantar bungkusan seperti yang dimintanya..


Inilah laluan yang perlu aku lalu untuk ke kampung dia..kecik je jalanraya...di kiri kanan , ada sawah padi...tu korng boleh nampak tali air...kira saujana mata memandang la..

Tang jalanraya tu , cuak gak aku...kot datang keta dari arah depan..mana aku nak lari..kalau ke kiri tu , sahih keta aku tu jadi keta selam ( kapal selam ) ..kalau belah kanan ..sahih jadi kereta bajak sawah lak...syukur alhamdulillah...takde yang lalu..lega denn..

Tingkap kereta aku buka..sejuk je terasa angin dari luar masuk ...mata den layu jee...rasa nak berenti pastu g kat seat belakang nak sambung tido jooo...hahahaha...tapi apa kan daya..den ni ha kat dreba...

Aku tanya wife aku...mana satu umahnya..kang dok ke depan je kang , tak pasai pasai ada signboard ' SELAMAT DATANG KE KUALA LUMPUR ' ..hehehe...tak mungkin...wife aku cakap..dia tak ingat..last dia datang ...10 tahun lepas !!!! ...tak ke berapi tinga dengar ? tapi aku bawak bersabaq..malaih nak bertengkaq time ni...so mencari la...last last dia nampak umah tu..still tak berubah dari dulu...


Ni la dia umah kecik tiang seribu..aku tak kira la tiang ada berapa...malaih la...selepas bersalaman , berborak la kejap..ada dia ajak naik tapi tak pe la , sebab nak cepat...lagi pun, masa ni tak hensem ..hehehe....berborak sat ngan diorg dalam 15-20 minit..

Kemudian kitorang pun beransur pulang dengan alasan nak g cari nasi kerabu ..mmg g carik pun..tapi bila jumpa kedai , penuh orang..aku malas nak beratoq..so terus balik ke umah

Sampai je kat umah...aku plan nak update blog...bila aku kuarkan beg jeee...pak mertua aku tanya , 'tak nak g check bateri kereta ke '? aku tanya balik..'kene ke ? ' bodoh betul aku..mmg laa kene ..dah esok nak balik ..bengong tul aku..kalut beno ngan blog ni...tu ar ...aku pun g la antar keta kat klinik keta sebelah umah ni...ala , bukan jauh mana pun...tak sampai 2o langkah pun...sebelah umah je..hehehe..umah tepi jalan besar..senang je le..

Maka aku pun membawa keta yang bukan milikku ini tapi milik isteriku..aku tumpang keta orang..nak wat camana....duit ku duit mu jua....duit mu..duit mu sahaja...hahahaha...nak beli kete sendiri ? membazir namanya tu...aku suka naik public transport ke opis..best sket..

Bila doctor keta tu check..dia kata semua ok..takde masalah...bagus la gitu..alhamdulillah..kalau tak sahih kena bayar duit ubat lagi..ni free jek..

Balik dari klinik tu , ada orang kat dalam umah..aku ingat dia datang beraya..rupanya 'orang pandai ' bab jampi menjampi ni...nak gelar ustaz...aku tak berani lak..hehe..tapi pak mertua aku panggil ustaz..mana mana je la...dia datang sebab dipanggil untuk mengubat anak buah wife aku...biasa la..budak budak..ada la syaitan dok menganggu dia tu..

Lepas settle tu , aku pun bersarapan pagi sekali ngan diorng..makan bihun sebelum aku naik ke atas untuk update blog aku ni...

Semalam ...sebelum aku tidur..ada la wife aku ni meluahkan perasaan tak puashatinya pada akak sepupu dia...akak sepupu dia ni , jadi cam pelik skit...seolah ada rasa tak puashati pada wife aku ...wife aku ni pun tak puashati gak la..aku bagitau kat dia..tak la yah kita nak buat camana dia buat kat kita...kita buat biasa...jumpa..senyum bagi salam....kemudian aku petik satu hadis ni..

Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Baru la lega skit hati dia...kira tersedar skit la..kalau kita ikutkan hati, syaitan bergembira..so tang ni , kita kena pandai skit..kena bagi nasihat..kadang kadang kita pun terlupa...sama-sama mengingatkan...kan kan...begitu juga dengan korang semua..hayati hadis tu...pilihlah nak yang mana satu...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI