Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 22 Oktober 2009

Tengahari - Hanya ini aku termampu

Pagi yg ceria...pagi yang indah...Alhamdulillah , setakat ni semua berjalan dengan lancar..aku tiba di opis dengan selamatnya...aku telah bersarapan dengan kenyangnya...terima kasih pada kawan opis aku yang sudi menapaunya untuk aku...aku cuma makan bihun + telur goreng..

Arini bz skit dari ari ari sebelum ni...ermmm...ada arahan dati atasan..so kena settle tu dulu...

Blog aku ari ni aku nak lebihkan skit bab artikel dari tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin..saja nak masukkan untuk bacaan korang semua..aku sendiri pun mmg ternanti-nanti artikal dia setiap minggu...setiap hujung minggu , artikal dia akan kuar di Mingguan Malaysia..aku pasti membelinya atau paling tidak pun aku akan baca kat web..lepas aku baca , aku akan bagi pada wife aku untuk baca...sama sama tau, sama sama dapat ilmu...terima kasih Dr. Asri...dasat pengetahuan beliau..setiap baris ayatnya penuh dengan fakta...tq tq tq

Satu lagi tujuan aku ...nak berkongsi la apa yang aku tau...takkan nak diam diam je...aku dapat pahala...org yang baca pun dapat pahala...haa..selagi ada blog aku dalam internet ni..selagi ada pengunjung dan membacanya...semua dapat pahala..insyaAllah...bukan susah pun kann..amal ...

Setakat ni tu la aku mampu buat walaupun aku amik artikel tu dari web beliau...nak buat link ke sana , lom tentu ramai nak g cari ...penah buat dulu tapi rasanya ramai tak berminat kot..tak pe la..aku copy paste je kat sini.

Kat blog aku ni..aku nak buat macam macam..tapi semuanya tertumpu apa yang aku buat ari ni..ermm...tapi aku akan tapis skit demi keselamatan ...keselamatan aku , wife dan sesiapa yang terbabit...aku cuba terapkan semua perasaan...aku tak tau la berjaya atau tidak..tapi aku cuba yang terbaik..

FACEBOOK aku lak..sebagai platform untuk memperkenalkan blog aku ni..serampang dua mata..hehehe...aku hanya add perempuan sebab bagi aku majoriti perempuan suka membaca berbanding lelaki...lelaki lak..pasti akan add aku bila ternampak muka aku kat FB tu...bukan la nak kata aku ni bagus sangat..

tapi ni strategi 'pemasaran' aku ...gunakan gula untuk menarik semut...perempuan suka cerita lain dari yang lain....kena lak yang bercerita tu lelaki...mesti diorng nak tau bagaimana dunia lelaki kan...untuk lelaki , aku ada gak letakkan cerita yang mana mungkin menarik minat diorg...contoh cam cerita dlm gym tu...walaupun gym tu kecik tapi tetap meriah..n ramai ingat orang dalam gym ni , semua spesis dinasour...hehehe..ada gak badak sumbu mahupun cicak kubing...

Aku sedang mencari cara untuk meramaikan lagi pembaca dalam blog aku ni...antaranya mcm yang aku buat semalam dan hari ini..aku letakkan gambar kawin aku dalam blog aku ni..antara sebabnya , ada permintaan dari kawan-kawan fb..tapi takkan aku nak letak macam tu kan..tak best la...kena la mencari skit ...baru best....terhibur skit..niat bukan nak mainkan sesiapa...ada yang terhibur jugak kan..ada yang 'terseksa' gak...at least dia masuk blog n mencari....n dia tau apa kandungan dalam blog tu kan...haa...bijak tak ? hahahahha....bijak bijak..pe lagi..jum minum...

Tapi ada yang tak berkenan..biasa la..manusia...takkan semua berpuashati...aku minta maaf ek...tapi mmg cara aku skang...takkan bagi depan mata...g cari sendiri..buat research...disitu banyak kebenaran dan fakta boleh dijumpai..tak semestinya dalam blog ni je..nun kat internet tu..bila orang cakap...kita jgn caya bulat bulat...kena buat kajian..cari jawapan...bukan satu je jawapan..mesti ada banyak...yang penting ..cari..cari cari...

sama gak bila bab nak berumahtangga....takkan nak main sauk je kan..mesti nak mencari..buat kajian tentang orang tu dulu...baik buruk..haa..bila dah sesuai...apa lagi...sambar la..wat suami/isteri...nak tunggu berkarat wat pe ?? nanti orang lain kebas..baru nak frust !

Emm..panjang lak aku membebel..apa pun , lu pk la sendiri..hehehe...salamm..jumpa lagi malam karang...ampun maaf dari anakanda..hehehe
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI