Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 12 Disember 2009

INGAT MUDAH KE ?

Hampir 9 tahun aku ulang alik ke gymnasium ( Bionic Gym ) dan juga bersenam di rumah bila ada kelapangan...tidak hanya dengan tu sahaja , jika ada peluang aku bermain fusal , dan berjogging...satu je tujuan aku iaitu membakar lemak lemak yang ada disamping menjaga kesihatan ! Bukan mudah semua tu..ada kalanya aku mengalami masalah dengan otot iaitu kekejangan dan terseliuh ...pernah seketika aku sakit pinggang...masalah urat...macam macam lagi ..semata mata nak menjaga badan agar tidak gemuk aka boroi !

Sejak aku berhenti dari bermain bolasepak , badan aku mula naik....hampir 100kg...keje aku asik makan makan makan..kerja didalam ofis sewaktu tu membuatkan tekanan dimana bila aku tertekan aku akan cari makanan...tau tau , aku dah tak muat pakai baju melayu sewaktu nak pergi menunaikan solat Jumaat ! ...baru aku sedar yang aku dah mula boroi !

Aku mula buat kajian..membaca dan bertanya..cara terbaik untuk menurunkan berat badan..dan memiliki tubuh badan yang menarik...cara terbaik ialah dengan bersenam..tidak hanya dengan akan menurunkan berat badan aku malah akan membentuk tubuh yang menarik...dengar mmg menarik dan mudah tetapi nak buat ?? perghh....seksa..bukan sehari dua baru dapat keputusannya....ibarat menanam pokok durian ...10 tahun baru dapat buahnya ! itu pun dengan cara traditional..kalau guna teknologi...mmg cepat skit cuma pasti ada beza buah yang ori dan buah dah diubahsuai ...tak caya...buah mana sedap ? kampung atau yang diusahakan untuk komersial..huhu..

Pada mulanya , usaha aku ini mendapat gelakkan ( bukan galakkan ) dari kawan kawan...suh simpan je lemak lemak tu ...hehe..aku gelak je la..tapi dalam hati aku , tunggu je la 'berbuah' nanti ..aku tau bukan sekejap ...sebab tu aku terus bersabar ...aku letak dateline..hehehe...pada usia 35 aku akan cun !! skang baru 33 tahun ..ada lagi 2 tahun..

Aku bermula dengan membeli barang barang ( dumbell dan barbell manakala abang aku beli bench ) dan barang-barang tu aku letakkan di dalam bilik aku ( bayangkan dalam bilik tu aku ,abang dan adik lelaki tidur ! ) yang kecil tu...bila dah letak semua tu bermakna salah seorang kena tidur luar...abang aku beralah dan tidur diluar...adakalanya bergilir...dan aku kekadang tidur je atas bench..hehehe..

Selepas subuh , aku akan mulakan pagi aku dengan berbasikal...selama 2 jam..aku akan mengayuh basikal dari rumah aku ( Cheras ) menuju ke Tasik Bandar Tun Razak ..kemudian aku akan parking basikal tu dan berlari pula...selesai berlari , berbasikal semula...sampai rumah aku akan workout ( mengikut teknik yang aku tau ..sangat basic ) ..
Aku lakukan semua itu hari hari....semata mata nak bakar lemak dan menurunkan berat badan..
Sewaktu ni , aku tak pergi gym lagi...aku segan nak g gym lagi sebab dalam kepala aku , orang-orang yang g gym semua mesti badan badan yang besar n cun cun...huhu..malu..

Petang pula...aku akan berbasikal lagi...kemudian workout dalam bilik aku tu...ermmm...mesti korang tertanya tanya..tak bosan ke ?? bosan sudah semestinyaaaa....tapi semangat aku takkan luntur...

Pada masa yang sama , aku cuba gak cara traditional...cara yang digunakan oleh wanita wanita yang lepas bersalin..heheh...minyak yang disapukan pada perut kemudian dibarut..huhu..aku cuba gak tu....nak bakar lemak di perut...tapi bila aku sapu aku akan pergi jogging..hehe..tak la nganga jeee ...ada gak makan ubat traditional...tapi ubat tu lebih pada nak buang 'bahan-bahan ' yang tak diperlukan je...aku tak rasa membantu mengurangkan berat badan mahupun membuang lemak badan...jadi aku buat keputusan , bersenam adalah jalan terbaik !!

Hasilnya ..sekarang ! aku tak pernah usik langsung bahan terlarang ( steroid ) di mana ada yang fikir aku mengambil jalan mudah untuk membesarkan badan aku tu !! biar aku bagitau korang ....semasa aku nak besarkan badan aku...aku terpaksa makan telur disebelah pagi sebanyak 10-15 bijik ( putih sahaja..mengamuk mak aku sebab aku buang kuning tu ) ..manakala sebelah malam , aku akan makan 15-20 bijik telur lagi....seminggu sekali aku akan makan ayam panggang...seekor !! demi nak besarkan badan aku....bila dah besar , baru aku akan memulakan operasi cutting ....berbagai cara aku studi samada melalui buku , video dan bertanya pada otai ...

Derita aku belum tamat ! aku ada lagi 2 tahun ....sampai usia 35 tahun...untuk pengetahuan korang..aku terpaksa berulang alik setiap hari untuk ke gym...putrajaya-pwtc-cheras-putrajaya...nasib baik ada isteri yang memahami ..

Bukan faktor gaji yang tinggi ...malah dulu sewaktu aku jadi guru sandaran yang bergaji rendah pun aku pun aku tetap pergi ! masa aku menganggur pun aku tetap pergi !! aku kurangkan makan , lebihkan latihan..kawan kawan (guru ) pun tak mampu lawan aku dari segi disiplin ni...bukan nak meninggi diri tapi aku masih lagi teruskan tetapi mereka yang cuba ikut aku , dah bersara namun aku masih teruskan perjuangan sehingga kini..

Apa yang aku dapat ??? Kepuasan diri membuktikan aku juga boleh berjaya atas usaha tanpa menipu sesiapa lebih lagi diri sendiri !!

Yang penting , jaga kesihatan !! ni ada yang g gym , tapi merokok...ada yang bersenam..tapi diselang seli dengan minum ais ! apa cerita ni ?? ni bukan disiplin ...tapi nak bunuh diri...

Derita yang membawa kepuasan ! I like !!!! ....bukan mudah sebenarnya tapi hasilnya membuatkan orang cemburukan pada anda !! Good Luck !! Ingat...tanam hari ini dan pungut hasilnya di kemudian hari...

Lupa lak..pada yang beria benar nak kurus tu..ni tips aku yang diberi oleh otai gym...makan oats senantiasa ..bila lapar je , makan oats atau buah...salad untuk makan malam...cuba la sebulan..tengok apa hasilnya...nak lagi best ...oats + workout ...bagi aku ..jogging kurang berhasil sangat...jauhi makanan yang mengandungi banyak lemak , berminyak ,gula dan garam....makan je panggang ,rebus atau stim...huhu.... ada bran ???

Rujuk pada Kandungan : GYM
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI