Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 Disember 2009

AKU SEPATUTNYA DITAHAN DI HOSPITAL !

Aku mc hari ni ...sejak semalam badan aku panas ..pening pening lalat..aku tahu kenapa...ermm..
Doktor ada bagi ubat kat aku sebelum ni..suh makan n datang balik untuk buat pemeriksaan..tapi aku tak makan n tak pergi..dulu aku makan ubat tu , tapi disamping menstabilkan penyakit aku tu , aku juga mendapat kesan sampingan lain...hurmm..

Tadi aku g klinik lagi...doktor yang periksa aku tu , terkejut ! Dia kata aku sepatutnya kena tahan di hospital..hhuhuh..nasib baik aku tak g hospital tadi..kalau tak ?? tak leh update blog aku ni kat korang..hahahaha..guwau je..

Aku rasa aku tau nape naik semula..semalam aku makan tak hengat...aku makan budu...tu naik semula tu...yela kan..masin budu tu..so kali ni , aku ikut nasihat doktor..disamping tu aku cuba juga ubat traditional..ubat tu aku beli dari seorang kawan FACEBOOK aku yang mana aku cuma sesekali chat ngan dia...SAPA KATA KAWAN DALAM FB NI TAK LEH DIPERCAYAI ? hehehe

Hypertension..pergh..tu la dia ....aku terlalu mudah mengambil sesuatu masalah tu dengan berat sekali..walaupun masalah tu kecik je..haihh...

Entah lah...kalau ikutkan aku , nak je aku PENTINGKAN DIRI SENDIRI ! ..lantak la masalah orang lain ..pedulik hapa aku ...tapi tu bukan sikap aku ...hidup sekali..kalau boleh berjasa atau berbakti pada orang lain , apa salahnya....dapat gak pahala..takkan nak kejar duit je kan...hehe..

Entahlah..lain orang lain caranya...

Mesti korang pelik kan ...Dalam aku berpantang..g gym...jaga pemakanan...masih boleh ada lagi penyakit tu kat aku kan..muda lagi ni..tapi sebenarnya aku tak hairan sebab adik beradik lelaki aku pun ada gak ...keturunan...hurm...

Nasihat aku....jagalah kesihatan...kurangkan makan makanan diluar sana tu...tu jeeee...nak nasihat lebih lebih , sapa la aku kan...kang ada gak suh cerminkan diri sendiri..hehehe...lantak ler ..nak dengar , dengar..tamo ....tutup mata tu !

Satu lagi..mesti korang pelik kan..nape la aku dok pekung aku..aku bukan harap simpati dari korang...aku nak berlaku adil dalam perceritaan aku ni..bukan bila nak perli orang , baru aku tulis dalam blog..atau bila aku gembira..aku baru nak tulis ...semua apa yang aku rasa...baik buruk..best ke tak best ke...aku tetap cerita..sekadar berkongsi pengalaman hidup....
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI