60 ribu kakitangan kontrak bakal diberhentikan

by - Jumaat, Mac 12, 2010

PAS mencadangkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi keutamaan kepada kakitangan kontrak bagi mengisi 50,000 jawatan baru bagi tahun ini seperti yang diumumkan oleh setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo, semalam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum ini PAS telah menerima banyak maklum balas berhubung penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak yang mula berkuatkuasa bulan ini.

Menurutnya, dianggarkan lebih 60,000 kakitangan kontrak akan diberhentikan bagi menyelaraskan dasar berjimat cermat kerajaan.

PAS, katanya melihat sebahagian besar kakitangan itu mempunyai kemampuan dan pengalaman yang melayakkan mereka untuk meneruskan perkhidmatan sebagai kakitangan tetap.

“Ini adalah tanggungjawab SPA untuk memastikan negara tidak mengalami begitu banyak kerugian serta dapat membantu mereka,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, tambahnya, PAS berharap kerajaan dapat meningkatkan integriti kakitangannya bagi mengelakkan gejala rasuah yang dilakukan oleh pegawai SPRM baru-baru ini menular ke jabatan lain.

PAS juga, katanya menyeru agar Ketua Setiausaha Negara meningkatkan kredibiliti organisasi kerajaan di semua peringkat dan tidak membiarkan jentera kerajaan menjadi alat tunggangan Umno-BN seperti yang berlaku dalam kes siasatan terhadap 37 orang guru di Pulau Pinang akhir bulan lepas dan juga beberapa siri pilihan raya kecil tahun lalu.

_________

BA2 : Aku pelik jugak sebenarnya .. Kenapa tidak diutamakan kakitangan kontrak untuk menyerap kekosongan yang ada ? Sedangkan yang kontrak ini telah mahir dengan selok belok jawatan mereka tu ? Lantik tu boleh dilantik tapi ada baiknya utamakan yang ada dulu .. Bukankah itu satu penjimatan ?? Tangga gaji sama je yang bakal dilantik ..

Kalau alasan semata mata untuk beri peluang pada yang lain tu , mmg betul tapi yang kakitangan yang mahir ni takkan nak dipersiakan ? Takkan nak biar mereka ini lari ke sektor swasta padahal kerajaan menyarankan mereka yang berkebolehan masuk ke sektor awam ... camana tu ?? Aku pelik gak neh .. Rela guna yang fresh dan tak tau apa apa dari menyimpan yang dah mahir ?

Jgn lupa ...Rakyat didahulukan ...Kakitangan kerajaan kontrak juga adalah rakyat ... 60 ribu bukan jumlah undi yang kecil ...Satu Malaysia tu... Bayangkan satu mulut bercerita kepada mulut yang lain .. Apa yang bakal terjadi pada pilihanraya yang akan datang ..


You May Also Like

0 comments