Aku doakan kau mati semasa beranak !

by - Khamis, Mac 11, 2010

Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh mulut sang suami yang buta hati dek kerana wanita lain ! Sanggup mencaci maki isterinya yang mana telah memberikan zuriat padanya .. Bukan satu malah dua ... Bukan begitu saja , segala perbelanjaan rumah mereka , isterinya yang cari .. Termasuk jugak rokok suaminya itu ! Duit gaji suaminya digunakan untuk membayar kereta yang mana kereta itu diletakkan di rumah ibubapanya ...

Semasa mengandung , setakat penampar hinggap di muka isterinya itu adalah perkara biasa .. Si isteri yang mampu mengadu pada ibubapanya dan juga kawan kawannya. Bila diminta ambil tindakan , si isteri tidak sanggup membiarkan anaknya hidup tanpa ayah .. Bayangkanlah jika anda berada di tempat isteri itu .. Apa sebenarnya yang dikejar oleh si suami durjana itu ? Kata kata terakhir sebelum melahirkan anak ialah " Aku doakan kau mati semasa beranak nanti ! " ..

Hurm ... wanita yang bergelar ibu tunggal itu sanggup membutakan mata kerana menyangka si lelaki tersebut banyak duit sedangkan dia sendiri menumpang kemewahan isterinya dan si jantan tu pula sangka dirinya cukup bagus kerana ramai wanita berebutkannya ...Adalah lumrah lelaki buta hati kerana wanita tetapi dimanakah nilai harga diri seorang wanita yang sanggup melihat wanita lain menderita ??? Bayangkan jika itu berlaku pada anda ...

You May Also Like

6 comments

  1. adus sanggup plak seorg suami kata mcm tu

    BalasPadam
  2. kalo aku la jadi wife dia awal2 lg aku dah cabottt..wat aper ada hubby camnih yg xreti nak menghargai kita...yg penting anak2 ngan aku... ;-)

    BalasPadam
  3. subhanallah. laki macam tu memang tak layak jadi suami!

    BalasPadam
  4. Saya pernah dgr masalah sorang is3 nih..suami dia ni belajar pandai, sambung study ke UK..tapi kan perangai tak seiring dgn pendidikan, very the longkang busuk....sanggup herdik dan tengking is3 depan orang ramai. Tapi kan, manusia ni kadang2 sebelum kawin dia elok, lepas dah kawin baru lah muncul ke"iblisan" nya...nak cerita pun susahhhhh!!!!

    BalasPadam
  5. salam perkenalan, boleh kita berkawanan....

    BalasPadam