Anda adalah rakan saya !!!

by - Ahad, Mac 28, 2010

Pertama kali aku mula berblog , aku rasakan ianya satu perkara yang mudah .. tulis je apa nak tulis ... kan ? Tapi sapa nak baca ? Takkan buat blog untuk sendiri tulis dan sendiri baca ? Boleh.. jadikan diari jer ... Tapi aku tamo gitu .. Aku nak tulisan aku di baca tak kira sapa sapa pun ..

Orang pertama yang suruh aku buat blog ni adalah wife aku ... Erm.. memula tu cam semak la gak kan ... malas jgn cakap ...terlampau .. Tapi bila aku baca kawan kawan dia punya blog termasuk juga blog orang orang lama , aku rasa aku boleh jugak buat cam tu.. ..Sebab apa ? Sebab aku mmg gemar menulis dari sekolah dulu... Bila bab karangan , aku orang pertama akan menulis lebih dari yang sepatutnya ... Sbb tu aku tak heran kalau dapat markah rendah ..hahahaha .. aku tahu cikgu mmg malas nak baca panjang panjang... satu point aku hurai sampai 3-4 perenggan .. mana tak rendah... lari tajuk dah tentu ... hahahaha..

Masa aku mula berblog , aku terfikir bagaimana aku nak bagitau pada dunia yang aku ada blog ?
Bagaimana nak bagi blog aku senantiasa ada orang masuk .. Tak nak biarkan 0 ! Senantiasa ada orang keluar masuk ... Ermm... maka sekarang aku dah tau ... mereka mereka inilah yang telah menjual blog BEN ASHAARI !!

Berikut adalah orang orang yang bertanggungjawab menaikkan nama blog BEN ASHAARI ... Terima kasih kepada anda !

1) isteri tercinta yang senantiasa menyokong tak kira masa ... ahli keluarga yang terdekat dan juga jauh di mata ...

2) rakan-rakan di FACEBOOK ( BEN ASHAARI II , BEN ASHAARI BLOG , KELAB WANITA , KELAB BLOGGER ,BEN ASHAARI) .. mereka ini antara pembaca senyap ( silent reader ) .. yang senantiasa menyokong aku ... senantiasa memberi peransang ..bukan dadah peransang yer ..

3) rakan rakan di GENGBLOGGER ... tak kira blogger lama atau baru .. kita ini 'serumpun' ... sungguh ada komen blogger lama yang memula tu menyakitkan jiwa namun aku kena buka minda aku dan terima kritikannya itu maka terhasillah blog aku skang ni.. dulu aku tak nafikan blog aku takde bezanya dengan blog tikus ... semak jer ... Eh..tikus pun buat blog tau ... selagi bleh sumbat , sumbat jeeee...

4 ) semua blogger yang menyenaraikan blog aku di dalam blog list mereka .. Aku mengucapkan jutaan terima kasih ... kadang kadang aku tak kenal pun blogger tu , tapi bila aku tengok dalam traffic , ada pembaca dari blog mereka lalu aku jejaki semula ... ermm .. kuasa persahabatan ..

5) blogger blogger 'lama' yang senantiasa sudi menjengah dan 'menjual' blog aku seperti , MAT GEBU.... JUTAAN TERIMA KASIH YA PAK ...KUJIE ...dan ramai lagi ...

dan ramai lagi ..... sahabat sahabat lama yang juga berblog seperti abe DIN , rakan rakan SMDL .. dan rakan rakan di MM2H termasuk big boss n small bos... hehee.... mereka tahu aku suka membebel ... hehe... yer..keje buat gak kan ..hahaha ...

Pada pembaca blog BEN ASHAARI , anda bukanlah pembaca blog saya tetapi anda adalah rakan saya ... anda bukan peminat saya tetapi rakan saya ... setiap tulisan saya adalah datangnya dari isihati saya ... saya kongsikan bersama dengan anda .. kerana ini saja yang mampu saya berikan pada anda semua memandangkan saya bukanlah seorang yang dikenali ramai atau fofular ...

Sesiapa saja yang buka blog ini lalu membacanya , anda adalah rakan saya !

TERIMA KASIH ..

You May Also Like

11 comments

  1. Waaaa.....ala2 ucapan anugerah bintang fofuler leerr...Kalau tulisan yg berkualiti pasti ada pembaca...Coretan pulak guna ayat2 yg senang difahami, ringkas dan padat. Pada pak tua, blog yg bagus dan berkualiti harus kita war2 kan..Moga terus menulis yea....

    BalasPadam
  2. wah...tepuk..tepuk

    aku dah jadi saya..formal gile!

    BalasPadam
  3. mat gebu : tengah training untuk amik award .. hahahahha... tq pak tua ..

    Kujie : hahaha.. bila jadi 'saya' tu mempunyai maksud mendalam... dengan rendah hati gitu ... hehehe

    BalasPadam
  4. tanpa peminat, siapalah kami..
    (ewah cam artis pulak)
    hehehe

    bertambah seorang rakan hari ni :D

    BalasPadam
  5. azrul : thanks bro..

    FTN : yess zarr... tapi bukan peminat..bukan personaliti hiburan pun ..hehe

    BalasPadam
  6. Salam, jenguk pula blog saya... selama ini orang pompuan je rakan blog..he he...

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana masukkan akak dalam senarai rakan blog Ben.... nak tumpang femes..hi hi..

    BalasPadam
  8. kak shidah : blog saya tak sepopular mana pun ... akak dah join gengblogger ? cuba daftar kat sana .. free ... mudah dan pantas berkembang bagi blogger2 baru ..

    sebenarnya saya yang patut berbangga sebab akak sudi jengok blog saya yang tak seberapa ni .. terima kasih ..

    BalasPadam
  9. salam....tq...senaraikan kami semua sebagai rakan...`kita kan kawan`...

    nie patut kita buat 1 majlis utk blogger ben nie! kumpul ramai2...senang nak kenal live...hehehe

    BalasPadam
  10. eeeee... sukenye akak dpt kawan ngan worang emsem. ahaksss. ben jugek kawan akak. huhuhu.

    BalasPadam