Bolehkah sara diri dengan sekadar menyanyi ?

by - Isnin, Mac 29, 2010

Tajuk aku ni adalah secara umum .. Bukan nak tuju pada mana mana artis .. Secara zahirnya kita tahu dunia artis ( lakonan dan nyanyian ) ni terutama di Malaysia menjanjikan pulangan dari segi keglamoran yang amat tinggi .. Kalau muka keluar di majalah sekali pun dah cukup ramai kenal ! Mulalah nak jaga standard .. kan kan ? Kalau tak , malulah .. " I kan artisss "

Entri aku ni bukan nak kutuk artis cuma nak beri peringatan pada adik adik sedang membesar tu... yang dok pegang pensil 2B tu haa.. termasuk la ibu bapa mereka yang suka galakkan anak mereka tu menyanyi atau berlakon walaupun di usia kecik .. Sian woo ... kasi la mereka membesar secara normal ..Ni kecik kecik dah ajar menyanyi .. Pantang muka anak cun / comel / hensem skit , dah pasang angan angan suh jadi artis ..Suruh la jadi pakar bedah ke , pakar IT ke .. paling tidak pun jadi je angkasawan ... glamer gak tu ..

Ada artis di Malaysia ni berjaya dan ramai yang tak berjaya .. Yang berjaya ni , boleh dikira .. kira rezeki dan sememangnya ada bakat dalam bidang mereka tu .. Antaranya Dato Siti Nurhaliza , Aznil Haji Nawawi , Amy Search dan ramai lagi la .. Tapi kena ingat , mereka bukan sekadar menyanyi sahaja .. mereka ada 'side income ' .. Ada yang buat bisnis untuk menambah lagi pendapatan kerana tau bidang yang diceburi mereka itu ibarat ombak ... bila tinggi ombak , melimpah ruahlah rezeki yang masuk .. bila air tak pasang , ombak pun tiada ..mana nak cekau duit nak bayar hutang ?

Aku ada cerita skit sebelum nak ke satu lagi cerita ... Aku kenal satu group ni dulu.. kira budak budak rumah aku la.. Group ni mmg popular la..bila sebut , sah semua kenal ... tapi tak la sepopular WINGS atau SEARCH .. ni kira group kecik yang meletup dek satu lagi berhantu .. malangnya tak kekal lama disebabkan satu kes maka group ni hilang seri ...

Masa popular dulu aku penah la follow diorg...saja nak tengok dan rasai kehangatan dunia glamour tu .. Mmg pergi mana mana , orang terpusing pusing la tngk terutama awek la.. Kira abang abang tu pun jalan mendada la.. sambil tutup muka .. hahaha..

Surat peminat ? Hahaha... aku penah join bukak surat diorng ni..berguni guni ...hahaha..macam macam cerita n coretan .. yang diutamakan dulu , cari surat yang ada hadiah ... adehh....Kalau surat dari Brunei , mmg 'berisi' ... $$ masa ni mmg diorng lebat ..senantiasa penuh ..Alhamdulillah ...rezeki kan ..

Tapi jgn disangka hujan sampai ke malam tau ... kena beringat gak ... tak lama kemudian , diorng mula drop dan hilang terus dalam dunia seni ... Akhirnya mereka membawa haluan masing masing .. Setahu aku , hanya seorang dua je berjaya teruskan kehidupan yang agak mewah .. Yang lain , kalau korang tengok rupa pun cam tak percaya.. Hilang abis kehenseman dan kemachoan dulu dulu ... Emmm... Aku bukan nak kutuk kawan .. ni peringatan untuk aku sendiri ... bila di atas , kena sedar yang dibawah tu..bila bila boleh terjatuh !

Yang satu lagi ... ni artis perempuan .. dulu bagai nak giler dia nak bagi naik .. naik turun keluar masuk syarikat rakaman .. Macam macam la dia guna .. Sampai la aku lost contact ngan dia .. skang ni dah naik nama dia ..Alhamdulillah... setahu aku , dia ni artis yang clean ...tkde masalah .. Ok la tu kan ..

Pagi ni , aku agak terkejut bila baca kisah vokalis rock zaman aku membesar ... ISA GRAVITY.. suara dia mmg best .. lagu dia pun ... skang dah bawak teksi ...ermmm... klik sini

Jadi , fikir fikirkan masa depan anak anak kita ...

p/s : Sekurang kurangnya mereka dah tau dia mana nasib mereka ... aku ???? masih terlalu jauh lagi perjalanan ini .. aku sendiri pun tk tau dimana berakhirnya hidup aku ... Bila terlihat pengemis di tepi jalan atau si pencari besi buruk , aku selalu terbayangkan aku berada di tempat mereka ... bagaimana aku nak hadapi kehidupan ini ? mampukah aku harunginya ...

You May Also Like

5 comments

  1. Ben, tatau nak contact sapa...

    http://www.gengblogger.com/Playa

    id playa ni..semua pint dia video 18SX...baru register hari ni..dah ping 9

    BalasPadam
  2. salam...mmg lah ben..trend era 2k nie,.semua mak bapak nak anak polular...alahai...paksa main gitar, piano...menyanyi...biarlah budak2x diasuh dengan ajaran yang molek2x....

    alahai

    BalasPadam
  3. populariti pemampus masa depan berkualiti...errr, cmni kut temanya..

    kesian kt budak2 kn...kecik2 dh kene hidup glitter...dah besar2 kang gelite la plak...hurmmm

    BalasPadam
  4. Saya hanya mampu membaca saja..sebab nak komen langsung tak de idea...apa yang boleh saya katakan, selagi mereka beringat, insya Allah semuanya akan berjalan dengan baik....

    BalasPadam