Erti Persefahaman dalam PERHUBUNGAN KASIH SAYANG

by - Isnin, Mac 08, 2010

Persefahaman penting dalam apa jua jenis perhubungan .. Dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan , persefahaman memainkan peranan utama .. Banyak perhubungan terputus akibat ketidakfahaman berlaku .. Sering salah faham juga punca utama terjadinya perpisahan .. Sikap ego dan tidak mahu bertolak ansur dalam perhubungan juga merupakan satu virus yang serius .. Bagaimana nak hindari semua ini ??

Berterus terang : Ini merupakan jalan utama kepada semua perhubungan .. Apa juga keadaan memerlukan sikap ini .. Adakalanya pasangan tidak mahu berterus terang kerana ingin menjaga hati temannya .. Ini boleh mendatangkan kecurigaan pada pasangannya sekiranya dia mendapat tahu walaupun niatnya adalah baik .. Kebenaran adalah pahit untuk ditelan ..

Bersikap matang : Sikap ini perlu ada pada semua orang yang ingin menjalinkan perhubungan yang serius .. Amat sukar untuk berkomunikasi pada orang yang tidak bersikap matang .. Bersikap matang bukanlah bersikap terbuka .. Berbeza sama sekali .. Bersikap matang ialah pemikiran yang membezakan antara baik dan buruk .. Senantiasa menjadikan agama sebagai ukurannya dalam membuat keputusan .. Ini adalah satu sikap yang paling baik .. Jauhi sikap ' gemar menegakkan benang basah ' .. Jika ini berlaku , pasti pertelingkahan jalan penyudahnya. ..Gaduh mulut tak pe ....kalau sampai lagu ni ??? haaa


Tak ke kes parah jadinya ? Sampai terbang pinggan mangkuk , sepak terajang ... Adeh ..Ni semua di sebabkan sikap tidak matang pasangan tersebut .. Bagaimana nak elak semua ni ?

Bagi aku , pendidikan rumahtangga berlandaskan agama wajib ada pada semua orang .. Suami sebagai ketua keluarga perlu belajar lebih mendalam ciri ciri ketua keluarga dan bagaimana nak 'memerintah ' dengan adil dalam keluarganya . Jgn sesekali gunakan kuasa veto !

Dan jgn salahgunakan pengetahuan agama tu lak untuk ke jalan yang salah seperti nak kawin lagi ... Mentang mentang dah tau hukum , nak manipulasikan lak hukum tu ... Si isteri sendiri pun kena tau gak hukum hakam agama ini agar tidak ' diperbodohkan' bulat bulat dek suami ..

Kesimpulan ... jika ada sebarang masalah , selesaikan secara matang ..Bincang ..Jika perlukan pendapat orang ketiga , pastikan orang ketiga itu mempunyai ilmu yang secukupnya di dada ..Jangan lak g cari orang ketiga yakni lelaki atau perempuan lain lantas ada hubungan skandal ! Ini bukan jalan penyelesaian ..Macamana sekali pun pasti ada jalan keluar dari masalah .. InsyaAllah ...

You May Also Like

1 comments

  1. Dan sekiranya perbincangan yg mendlm sudah dibuat berkali2, then hasilnya adalah sementara a.k.a hangat2 tahi ayam...then better to shut up ur mouth coz sumtimes action speaks louder than words:)

    BalasPadam