Kakitangan awam vs kakitangan swasta : mana lebih berdedikasi terhadap tugasnya ??

by - Jumaat, Mac 12, 2010

Wow ..satu tajuk yang panas ... Aku pasti sangat ramai kakitangan swasta akan mengatakan merekalah yang lebih layak digelar pekerja yang penuh dedikasi berbanding kakitangan awam ... Yakah ? Mereka mengatakan mereka senantiasa membuat kerja berbanding kakitangan awam yang banyak 'tidur' dan 'makan' ...

Sejauh manakah kebenaran itu ? Aku yang pernah bekerja di kedua dua sektor itu sebenarnya nampak perbezaan itu tetapi mereka yang hanya bekerja di sektor swasta tidak sedar akan perbezaan itu ... Manakala mereka yang bekerja di sektor awam yang mana tidak pernah menjejakkan kaki ke sektor swasta pasti 'mati' jika masuk ke sektor swasta ..

Aku tak nafikan sektor swasta mmg ketat disiplinnya.. Aku maksudkan ialah syarikat syarikat yang besar.. Pendapat syarikat itu bergantung pada produktiviti pekerjanya .. Lain dengan kerajaan .. Tetapi ramai kakitangan swasta tidak sedar sebenarnya kakitangan awam juga bekerja keras ( adakalanya ) demi membangunkan negara ... Mereka ini berkhidmat untuk rakyat dan negara ... Ada perbezaan di sini yang mana kakitangan swasta berkhidmat untuk majikan mereka yakni pemilik syarikat .. Jika keuntungan berganda , mereka akan terima imbuhan yang tinggi ..berbeza dengan kakitangan awam ...Jarang sekali nak dapat imbuhan seperti kakitangan swasta .. Mereka ( kktgn swasta ) tidak sedar hal itu .. Mereka hanya nampak 'ulat-ulat' yang melepak sedangkan ramai lagi yang buat kerja .. Mereka ini selalunya berada di belakang tabir ...

Bayangkan kakitangan kerajaan yang terpaksa keluar kursus.. meninggalkan ahli keluarganya .. Bukan boleh diclaim lagi .. Ingat best ke pergi kursus tu ? Tinggal anak bini kat rumah ..Swasta ? Berapa banyak syarikat swasta yang berbuat demikian ? Tak banyak kan..leh kira pun .. Sebab semua ini melibatkan kos ...

Kalau mereka kata , kenapa kerajaan buat kursus semua ini ?? Ini adalah memastikan kakitangan kerajaan senantiasa dlm keadaan profesional .. Mampu buat apa saja jenis kerja .. Bukan satu tu jee ...

Kakitangan swasta ... berapa ramai sebenarnya komited pada kerja ?? Kalau bos takde , rasanya mereka seperti juga kakitangan kerajaan yang bersikap 'ulat' ni .. Kecuali yang benar benar merasakan dirinya diamanahkan dengan tugasan yang diberi ...

Kesimpulan yang boleh aku buat ... Kakitangan swasta membuat kerja kerana ' bos ' depan mata ... boleh dibuang bila bila masa ... Manakala kakitangan awam ... walaupun bos depan mata , mereka tak kisah... Mereka takkan begitu mudah dibuang ...

Dari segi dedikasi .. Kedua dua pihak yang komited pada tugas mereka adalah jenis yang bertanggungjawab , amanah dan jujur .. Mencari rezeki halal , tu pegangan mereka..

Akhir kata ... tak kira swasta atau awam , fikirkan ... gaji yang diperolehi itu adakah berbaloi dengan amanah yang diberi ? Ingat ... di sana nanti ada pengadilan yang bakal kita hadapi .. Jgn mencemburui antara satu sama lain kerana kita masing masing ada tugas tersendiri .. Membangunkan ekonomi keluarga dan negara !

You May Also Like

8 comments

  1. tak pernah kerja kerajaan..tapi selalu dengar cerita2 tak elok tentang penjawat awam...
    bagi i penjawat awam @ swasta sama saja..yang membezakan ialah kejujuran,keikhlasan,kegigihan dan rasa tanggungjawab terhadap pekerjaan masing2.....

    BalasPadam
  2. ehem..saya now penjawat awam.pernah juga kerja swasta.. walaupun jawatan lebih ke arah korporat swasta now..just bawah kementerian kerajaan.. swasta or kerajaan, dedikasi atau tak depends on diri sendiri nak label diri sendiri depan public kan.. tapi birokrasi masih kuat dlm govt sector.. maybe sebab when imune takleh nak kena buang simply2, ramai yang take advantage.. ohh.sgt2 salah pendirian mcm tu..me sengal but what to do..mmg life is like that

    BalasPadam
  3. salam..baru bace blog uncle ben..hehe..panggil uncle la...boleh?
    saye suke pemikiran uncle ben..sbb saye ade kwn yang kerja bahagian swasta yang selalu merasakan dia bagus...dan suke kondem penjawat awam...sedikit terkilan la....ape2 pun keje itu amanah....gaji adalah ganjarannya..=)

    BalasPadam
  4. sharizal , mahira : betul3

    mollie: panggil je la apa pun..tak kisah .. hehe ... sebenarnya yang kerja dengan swasta ni takut kena buang kerja ...berbanding dengan govt nie... susah nak kena buang kerja... kalau diorng ni dpt keje ngan govt sah sah diorng hepi ...hahaha ... kesimpulan , apa jua kerja , tak kisah .. yang penting ikhlas berbakti pada majikan kita .. baru berbaloi gaji kita ..kan kan

    BalasPadam
  5. sharizal , mahira : betul3

    mollie: panggil je la apa pun..tak kisah .. hehe ... sebenarnya yang kerja dengan swasta ni takut kena buang kerja ...berbanding dengan govt nie... susah nak kena buang kerja... kalau diorng ni dpt keje ngan govt sah sah diorng hepi ...hahaha ... kesimpulan , apa jua kerja , tak kisah .. yang penting ikhlas berbakti pada majikan kita .. baru berbaloi gaji kita ..kan kan

    BalasPadam
  6. Salam..mohon beri padagan...antara techician petronas dan sarjan polis..mne lg baik????

    BalasPadam
  7. Salam..mohon beri padagan...antara techician petronas dan sarjan polis..mne lg baik????

    BalasPadam
  8. Salam.. minta kerjasama...antara kerja technician petronas dgn sarjan polis...mana yg lg baik... kerjasama amat diperlukan... tgh dilema memilih kerja

    BalasPadam