Nak ikut ke tak nak ?

by - Selasa, Mac 30, 2010

Nak sambung belajar ... mana lebih bagus ? Di luar negara atau dalam negara sahaja ?

Kawan aku , ada minta pendapat aku ... Yang isterinya nak sambung PhD .. tapi tak tau mana nak sambungnya .. Tapi wifenya tu berminat nak sambung ke luar negara katanya memandangkan masa buat degree n master dan dalam Malaysia .. Teringin nak rasa study kat luar negara .. Cuma tunggu green light dari kawan aku ni la..

Aku tanya kawan aku ni .. kalau wife dia nak sambung , camana ngan dia ? Dia sendiri dok pening kepala ( cam aku lak dok memanjang pening ) .. Takkan tak nak ikut lak kan ? Tapi kalau dia ikut , camana lak ngan kerja dia ? Bukan suka suka boleh amik cuti tanpa gaji bertahun lamanya atau ada cawangan di luar negara ... huhuh.. Tu pun nasib baik lom ada anak lagi ( cam aku lak ek ) ..

Aku cakap kat dia suh je wife dia sambung kat sini ..Bukannya tak boleh , berlambak IPTA ada kat sini haa... Tah katanya .. Nanti je dia nak fikirkan ... Cuma dia teringin jer .. Tu yang buat kawan aku ni fenin ... Nak dibiarkan dia g sorang , bermasalah nanti .. Dua dua bermasalah .. Jgn dibuat ... Zaman ni makin merosot disiplin diri tu ... hehe ... kaanggg... elok elok wife dia balik bawak PhD , laki dia lak bagi mD... haaa..sapa susah ??

Aku cakap , senang senang dua dua je g .. Berenti je la kerja..Balik nanti buat bisnis..kat Malaysia ni , semua tempat adalah lombong emas ... Lebih lebih lagi di Kuala Lumpur .. Nak ngan tak nak jer..kan kan ?

" Bukan tu masalahnya ... Masalahnya ialah " .. kawan aku mula nak membebel .. Dia pun meluahkan perasaan kat aku dan aku terpaksa order teh o kosong kat 'awe' di warung awe kelate tempat kitorang berjumpa selalu .. Maka aku pun tau dah apa masalahnya ...

Masalahnya ialah , dia ni spesis 'hujan emas di negara orang , hujang batu di negara sendiri ' .. eh...tersasul ganu lak... hujan yer ... bermaksud , camana pun dia nak berada dalam negara ni ..tamo duduk di negara orang bertahun tahun .. Seminggu di tempat orang pun dia dah pening aptah lagi bertahun ... Haa... tu la alasannya .. lagi pun dia rasa cam tak secure / selamat je bila berada di luar negara ...

Aku bagitau dia .. Dalam blog aku , ada ramai orang sedang menyambungkan pelajaran malah ada yang menetap pun di luar negara .. ok je ?? Takde masalah pun .. laki bini pergi ... Dia terdiam .. Entahlah katanya ... Nanti dia fikirkan ... Begitulah perbualan ringkas aku dengan kawan aku neh ... Yang mana aku ceritakan pada korang secara rumusan jer ..

Skang ni , aku nak mintak pertolongan korang .. Ramai blogger dan pembaca ( rakan rakan aku neh ) yang mempunyai rangkaian Al-Qaeda ..eh ..silap rangkaian sahabat di luar negara .. cuma tanya pendapat diorng ... Bagaimana dan apakah perbezaan belajar di luar negara dan dalam negara .. Kalau korang sendiri pun ada pengalaman , aku amat amat amat amat berminat nak tau ... ek ? Tqqqqq ...

You May Also Like

5 comments

  1. bukan lama pon, 2 thn jer..sometimes jauh dr negara , buatkan kita menghargai negara sendiri.Nak submit borang dahni, so camner??Leh p x?

    BalasPadam
  2. Aku pon pening mcm member ko jugak. Borang..wife dah submit. Kalau ada rezeki dapat..baru aku pikir camne nak minta cuti tanpa gaji 2 tahun. kalau tak dapat.. terpaksa berenti ler.. insyaallah rezeki ada di mana2.

    BalasPadam
  3. kalau dah kawen, kalau boleh ikot die ke lua negara cam best jugak.
    =)

    BalasPadam
  4. salam Ben, dah lama jd silent reader blog u ni..cuma teringin nak bg pendapat n share experience..u pesan kat member u tu, buat PhD ni kena kuat mental n fizikal..bukan kepandaian semata2..byk faktor lain terutamanya penyelia PhD tu..tersilap pilih buruk padahnya..tempoh 3 tahun adalah minimum..biasanya antara 3-4 tahun..bab berkorban berenti keje or amik unpaid leave ni satu cabaran lg..dok kat tempat org ni tak mudah..elaun gov bg tu i'allah cukup2 utk belanja n berjalan ckit2 kalo pandai berjimat..tak keje pun ok..lg satu, dok kat tmpt org ni, local people akan pandang slack je..mcm kita tgk foreigner dtg negara kita..kat UK skang ni recession teruk..nak keje cleaner pun hanya org2 dia diutamakan..dulu2 mmg senang..kalo ada reeki mmg mewah jgk la keje cleaner pun..lebih2 lg member u tu takde komitmen anak lg..cuma satu pesan sy sbg suami yg penah buat PhD dan sekarang sdg bercuti tanpa gaji, tidak bekerja n jaga 2 org anak di perantauan, fahami n sentiasa doakan yg terbaik n dipermudahkan urusan PhD si isteri. lastly, cuba ben tanya apa intention kawan tu dtg temani isteri? betulkan niat asal, amanah dan prioritynya guna duit rakyat msia utk mendapat PhD, bukannya bwk balik keter mewah, dpt jalan2 overseas, kumpul duit byk2 buat bayar htg kat msia dan lain2...kalo semua benda ni dpt mmg satu bonus..tak salah sambil menyelam minum air..yg salah menyelam tak timbul2..utk makluman, success rate org yg tamat PhD hanyalah 40%. sgt rendah..tp this statistics keep improving..so, harap2 dpt membantu rakan ben tu, sekadar peringatan dr seorg insan. mgknlast option, boleh suh wife member tu buat split programme, ada chance jgk pi overseas, mgkn setahun atau dua..atau dlm kes saya boleh pegi 3 bulan dalam setiap tahun..atau kumpulkan semua skali selama 9 bulan utk 3 tahun pengajian..skim mcm ni hanya UTM yg buat..tp zaman recession ni nampaknya byk uni. lain dah mula buat camni..wassalam
    -Hairul, U.K-

    BalasPadam