Nama ADUN Lompat Parti didedahkan ??

by - Jumaat, Mac 19, 2010

Woowww ..menarik neh...sah sah pasni Pengerusi BN akan panggil bersidang .. huhu .. kalau betul , masak laaa depa nehhh ..

dari utusan online

KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) yang menyambung perbahasan hari ini menyenaraikan beberapa nama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

Menurutnya, beliau dibohongi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat itu sudah lebih daripada mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Persekutuan.

Antara nama yang disebut ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar).

"Ahli Parlimen lain iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) malah salah seorang daripada Timbalan Speaker juga dikatakan akan melompat menyertai pembangkang," katanya.

Ketika ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya: "Siapa (Timbalan Speaker) yang dimaksudkan itu?" Lalu dijawab ringkas oleh Zahrain: "Kita tahu sama tahulah."

Pendedahan Zahrain itu mendapat reaksi daripada anggota pembangkang dan penyokong kerajaan yang mengambil kesempatan untuk bangun mencelah ucapan perbahasan bagi menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong itu.

Bagaimanapun sesi hari ini lebih tenang dan lancar berbanding semalam hingga menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'panas punggung' dan bertindak keluar dewan.

Sepanjang hampir sejam Zahrain berucap itu, lebih 20 kali ahli-ahli Parlimen bangun mencelah, tidak termasuk mereka yang hanya menyampuk tanpa meminta kebenaran untuk berbuat demikian.

N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) antara yang paling banyak mengganggu ucapan Zahrain termasuk mengeluarkan beberapa perkataan yang 'tidak sedap' didengar seperti merujuk ahli Parlimen Bebas itu sebagai 'kamu' dan bukannya disebut Yang Berhormat atau Ahli Parlimen Bayan Baru.

Tindakannya itu telah beberapa kali ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Zahrain yang tetap tenang walaupun diserang bertubi-tubi telah menyatakan perasaan kecewanya terhadap Gobalakrishnan kerana hanya berdegar-degar dalam dewan tetapi sebaliknya apabila berada di luar.

"Dalam dewan berdegar-degar tetapi kat luar masa minum dengan saya rapat macam nak cium," katanya.

Gobalakrishnan yang terasa dengan sindiran itu berkata: "Saya (selepas) ini tidak akan bersalaman dengan pengkhianat ini," katanya.

Pada ketika ini, Wan Junaidi sekali lagi menegur Gobalakrishnan supaya tidak menggunakan perkataan 'pengkhianat' di Dewan Rakyat.

Situasi yang sedikit reda itu dipanaskan semula apabila Tian Chua (PKR-Batu) membangkitkan isu surat Zahrain yang dikatakan meminta sokongan kerajaan Pulau Pinang bagi dianugerahkan pangkat Datuk Seri, sesuatu yang berlawanan dengan pendirian yang disepakati pemimpin pembangkang sebelum ini.

Zahrain mempertikaikan surat itu sambil menyindir Tian Chua yang mabuk hingga melanggar mati seorang anggota tentera di Johor, baru-baru ini.

Tian Chua yang berang dengan dakwaan itu, meminta Zahrain menarik balik tetapi tidak dipersetujui oleh Wan Junaidi yang mendakwa tidak mendengar dengan jelas kata-kata tersebut.

Gobalakrishnan bangun dan mengulangi semula apa yang diucapkan oleh Zahrain itu dengan mengatakan kereta itu dipandu oleh pemandu dan bukannya Tian Chua.

"Saya tidak dengar, tetapi saya akan rujuk hansard nanti," kata Wan Junaidi.

____________

Huhuh...makin best lak dewan parlimen nanti ek.... Pada yang tak berminat pada politik , adalah lebih baik mengetahui serba sedikit dari tak tau apa apa kerana ini melibatkan negara ...negara kita ..bukan negara luar ...kestabilan ekonomi negara ini sedikit sebanyak di tangan mereka ...

Artikal berkaitan .. klik >> sini

You May Also Like

1 comments

  1. Erkkk....mula2 malas nak baca bila terbaca yg ni -->"Pada yang tak berminat pada politik , adalah lebih baik mengetahui serba sedikit dari tak tau apa apa"..terus pak tua batuk2..tersedak..sebab mcm terkena tempias...hahaha....

    BalasPadam