Peragut !

by - Khamis, Mac 04, 2010

Seorang wanita dalam lingkungan 30-an sedang berdiri di tepi jalanraya. Kelihatan pada wajahnya seperti ketakutan..Memandang kiri dan ke kanan seperti memerhatikan sesuatu..Manakala beg tangannya dipeluk seolah olah dia sedang membawa sesuatu yang berharga..

Tidak jauh dari situ , ada dua lelaki mencurigakan sedang memerhatikan gerak geri wanita tersebut...Bila dirasakan mereka keadaan tidak merbahayakan lalu mereka memecut motor dengan selaju yang boleh...Rakannya di belakang dengan pantas meragut beg tangan wanita itu...

Dapat !! Terus mereka memecut...Kawannya yang membonceng di belakang menoleh ke belakang ...Kelihatan wanita itu tersenyum saja...Lalu bergerak ke arah bertentangan..Mereka memberhentikan motor ..Tertanya tanya ..mengapa wanita tu tidak menjerit meminta pertolongan...

Lalu mereka membuka beg tangan wanita itu....Mereka menjerit ketakutan !!! Mencampakkan beg tangan itu sejauh mungkin dan memecut dari situ ...Disangkakan mereka keadaan telah selamat , mereka memberhentikan motor di sebuah hentian bas...Mereka berehat sebentar di situ bagi menghilangkan ketakutan ...

" MANA ANAK AKU TADI !!! " ...Perempuan tadi berada di belakang mereka dengan rambut yang mengerbang , bermata merah serta gigi yang menyeringai ...perempuan itu ketawa dengan sekuat hati lalu terbang menghilangkan diri ...Kedua dua lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri ...

You May Also Like

2 comments

  1. lari.........takut...

    saya ingat ben citer ttg kes ragut...alamak....entry yg suspen ala2x drama gitu....

    BalasPadam
  2. Oooo...pandai boh cerita seram yea, malam2 jumaat ni....lepas ni cuba tengok sebelah Ben, ada tak makcik tu dtg dan tanya "" MANA ANAK AKU TADI !!! " ....

    BalasPadam