Sesuai dengan gelarannya !

by - Ahad, Mac 14, 2010

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole David .. kedua duanya ahli sukan yang mengharumkan negara dalam arena masing masing ... Sangat membanggakan ...

Malam ni rakyat Malaysia pasti ternanti nanti perlawanan akhir perseorangan All England antara pemain no 1 dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dengan pemain tidak ternama dari Jepun..Satu kejutan yang diluar jangkaan .. Ramai ingin menyaksikan Chong Wei bertemu Lin Dan di final namun tidak kesampaian..

Perlawanan malam ini dijangka milik Chong Wei namun dijangka ditentang sengit berdasarkan prestasi membanggakan dari pemain Jepun , Kenichi Tago yang telah menewaskan Chunlai ( China) pada peringkat separuh akhir , smlm ..

Apa pun , kita tunggu malam ini.. Di tv1 , siaran langsung bermula jam 830 malam ...

Nicole David yang bertarung di Chennai Open pada minggu ini , aku tak pasti lak apa keputusan terkini .. tak smpat nak google memandangkan aku diganggu dek anak anak buah aku yang berkumpul kat umah mak aku ... huhuh...

Tak sabar nak tunggu final neh ... Chong Wei , tahniah buat anda .. kalah atau menang , anda telah mengharumkan nama negara !!

You May Also Like

1 comments