SPM : Penentu masa depan kah ?

by - Khamis, Mac 11, 2010

Zaman dolo dolo , kelulusan amat penting bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi ... Gagal dlm MCE ( skang ni dipanggil SPM ) , bermakna hancuslah masa depan .. Tak boleh nak cari kerja yang bagus bagus ..Persoalannya , benarkah kegagalan dalam SPM bermakna tiada lagi masa depan ?

Ermm ... pengalaman aku ..kegagalan dalam SPM belum tentu menjamin kehancuran hidupnya ... Apa yang perlu dia lakukan ialah bangkit semula ..kalau tak nak mengulang semula , amik kursus praktikal seperti mekanikal , mesin pengilangan atau mana mana jer ...

Aku ada sorang rakan yang berjaya membuktikan tanpa SRP , dia mampu berjaya dalam hidupnya ... Setelah 2 kali gagal lalu dia mengambil kursus mekanikal ... Dah berjaya pun sekarang ni ...Seorang lagi rakan aku ... semasa sekolah dulu , Bahasa Inggerisnya teruk giler.. bercampur baur dengan BM setiap kali ujian penulisan ... Lepas SPM , dengar khabar dia bekerja di offshore ... dengan syarikat luar negara ... boleh jugak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ... dengar cerita , dah memiliki dua bijik kondominium dan restoran lagi ...

Kepada adik adik yang diluar sana ... jika anda lulus , tahniah ..teruskan perjuangan .. Jika cukup cukup je ..jgn berhenti setakat itu .. Pasti anda menyesal kerana tidak belajar dengan bersungguh sungguh ... jadi , buktikan sekali lagi ... terlalu banyak IPTS di negara kita ini.. Sambung perjuangan anda ..Buktikan anda juga boleh membaiki diri anda itu ...

Kepada yang gagal , hidup anda belum berakhir ... terlalu jauh lagi perjalanan hidup ...gerakkan kaki kanan anda untuk mulakan langkah pertama .. fikirkan kursus yang sesuai dengan anda .. pastikan anda minat .. ok ??

InsyaAllah anda boleh lakukan ...

P/s : kalau tak nak pun , jadi full time blogger.. hahaha....atau buat bisnis online ..hehe

You May Also Like

0 comments