Bijak yang tak bijak

by - Jumaat, April 02, 2010

Baru baru ni ( tak pasti bila ) aku ada terbaca kisah budak bijak yang lulus UPSR dengan 5A , telah hilang dari rumah .. Dari gambaran yang cuba wartawan tu sampaikan , keadaan biliknya bersepah tetapi cuma kad pengenalan dan buku bank nya saja yang hilang .. Manakala telefon bimbitnya masih ada di dalam biliknya ..

Aku rasa , diorang saja buat gitu seolah olah nak menunjukkan rumah itu dirompak agar keluarganya tidak mengesyaki yang dia itu sebenarnya melarikan diri dari rumah .. haih

Dalam suratkhabar hari ini pula ( sedang aku baca ) , rupa rupanya masyuk bercinta !! Larikan diri sebab nak berkahwin .. Yang perempuan baru berusia 15 tahun manakal yang lelaki 19 ... ermm...

Di mana akal lelaki tu ? Kenapa tergamak buat begitu ? Kalau dah gatal sangat pun , ikut la adat .. Paling tidak pun tunggu laa abis sekolah .. Mmg la lepas kawin pun boleh sambung sekolah , tapi ada bezanya .. Tak kesian ke kat keluarga perempuan tu ? Baru mereka nak berbangga dengan kebijaksanaan anak mereka tapi akhirnya kebanggaan mereka tu dirampas dek perbuatan anak kesayangan diorang tu .. Yang lelaki tu boleh la menabur sejuta janji .. Akan buat segalanya untuk anaknya .. Hari ni , semua ok ... esok lusa ? sapa tau ? Sekurangnya bagi la budak perempuan tu membalas jasa mak bapak dia .. ni tidak ? belum apa apa lagi , dah 'kehilangan ' anak tersayang .. Aku pasti sangat la keluarga perempuan tu teringin melihat anak mereka tu di menara gading .. Anak dara mereka yer ... Skang ni ? bukan tak boleh .. aku rasa boleh kalau mereka bersungguh sungguh .. tapi kalau dah di usia muda pon dah 4-5 anak .. camana tu ? cukupkah pendapatan laki dia tu ? bergaji besarkah untuk menampung semua kos ? Atau cukup la sampai abis SPM ...Pastu duk umah je ..kalau begitu perancangan mereka , aku tak boleh nak kata apa la ...

Kalau cinta sekali pun , sepatutnya benarkan perempuan tu abiskan pelajaran .. Kalau ada jodoh , maka bersatu juga nanti ... Jgn la buat kerja giler ...

Dalam bijak bijak manusia , ada jugak ' ketidakbijakkan ' ... Dah terbukti... Bukan satu.. ramai begitu .. adakah aku diantaranya ? hahahaha... ntah ...

Artikal tersebut boleh di baca di sini

You May Also Like

2 comments

  1. cinta boleh menjadikan seseorang yng bijak jd bodoh..

    sy turut rs terkilan dgn sikap budak pompuan tuh..sanggup dia ketepikan mak bapaknya smata2 utk bersama dgn lelaki yg bar barapa lama dia kena n belum tentu menjamin masa depan yg elok utk nya...

    sedih dgn sikap remaja2 skang yg mudah hanyut...

    BalasPadam
  2. 15 thn tu dah bole jadi isteri ker? yg dah 28 thn ni pun pening kepala.. hahahaha

    salam kenal abg BEN!

    BalasPadam