Bila Si mangkuk menipu si pinggan ...

by - Ahad, April 04, 2010

Hujung minggu nak buat apa ? Abiskan masa dengan orang tersayang ? Keluar berjalan jalan ? Menonton wayang ? Shopping ? Tengok tv kat rumah ? Atau update blog ? Hurmm ...

Aku ? Perancangan nak keluar pun petang karang .. Tu pun nak g Alamanda .. Ikut hati aku nak je layan Clash of Titans yang sedang ditayangkan di panggung seluruh Malaysia .. Atau ikut hati aku nak je g shopping beli baju baju kerja yang baru .. Atau g Tesco , beli barang dapur walaupun barang dapur masih ada lagi .. Tapi semua tu perlu $$ kan .. Hurmm ..

Kita ni seumpama hamba pada $$ sebenarnya .. Celik celik mata , dah carik duit .. Cari duit bersungguh sungguh .. Kasi bos puashati dengan kerja kita .. Tapi bila bab tunaikan perintah Allah , tak bersungguh sungguh lak .. Ala kadar je .. janji buat .. hurm ...

Cari bagai nak giler $$ .. Bersengkang mata siang malam .. G outstation sana sini .. Semata mata nak dapatkan $$ demi keperluan .. Bayangkan cari hari ni RM10 .. dapa terus beli makanan .. Dapat hidup sehari lagi .. Alhamdulillah .. Tapi bagi yang cari RM10 pastu dihabiskan dengan membeli sesuatu yang tak berguna ? Nak carinya skit punya susah .. nak dibuangnya , semudah itu ..

Aku tau ramai yang hidup senang ... gaji besar .. mewah .. cakap je nak apa pun , pasti dapat .. Tapi bergunakah $$ tu jika tidak digunakan dengan sebetulnya seperti melabur untuk saham akhirat ? Sedekah pada anak yatim .. sedekah pada masjid ... pada orang orang yang memerlukan .. Bukankah itu lebih mulia ? Duit yang kita usahakan itu , kita kongsi dengan orang lain .. Kadang kadang kita terlupa , rezeki yang kita dapat itu sebenarnya perlu dikongsi dengan orang lain .. Bukan simpan utk diri sendiri ... Apa salahnya , dari RM10 tu , RM1 atau paling tidak pun 50 sen disedekahkan ?

Bermacam cara orang sekarang nak kaya .. Wujud pelbagai cara untuk jadi cepat kaya .. Mereka yang mewujudkan skim skim cepat kaya ini mmg tak kasihan pada orang lain .. Mereka tahu perut mereka lepas .. Asal mereka kaya sudah .. Orang lain miskin , pedulik hapa ... Aku pernah nasihatkan kawan aku sorang ni ... Dia menceritakan tentang satu bisnis MLM yang mana kawan dia tu masuk dan sekarang ni kaya .. Aku tanya dia , berapa gaji dia ... Aku tanya kerana aku tau , jika dia nak join bisnis tu , dia kena buat pinjaman berpuluh ribu .. Kalau dengan gaji tak sampai RM1k sebulan , pastu nak berhutang lagi ? Kalau duit gaji tu dia makan sorang tak pe la ... tapi takkan la tak nak bagi kat mak bapak dia ? Orang yang ajak dia join bisnis tu pon satu mangkuk .. Dah tau sahabat tu tak berduit , sanggup nak tengok kawan tu berhutang ?? Kalau takat ko kaya dek kerana cari orang bawahan , simpan je la .. Aku tak pandang orang cam tu ! Kalau ko kaya dek kerana kepintaran ko mencipta sesuatu produk , ye aku respek !

Aku pelik la bila tengok kawan sanggup tipu kawan kerana $$ .. Dia sanggup menunjukkan kemewahan yang dia dapat pada kawan kawan agar kawan kawan terpengaruh lalu join sama...
Renti rentikan la .. kesian kat kawan tu .. jgn la janjikan sesuatu yang belum pasti ... Sian dia..

p/s : untuk blogger yang dah buat entri berkaitan JELAJAH BLOG , aku nak maklumkan aku hanya buat sekurangnya 5-10 JELAJAH sehari ... harap bersabar yer .. ramai sangat ni .. tak menang tangan dibuatnya ..

You May Also Like

4 comments

  1. Entri yang menarik.

    Aku amat bersetuju dengan pandangan ko bahawa bisnes MLM ni boleh melingkupkan kawan dan saudara mara.

    Disebabkan terpengaruh dengan janji-janji manis menyebabkan kita sanggup berhutang bergolok bergadai semata-mata hendak membayar pakej basic lah, plantinum lah, bapak platinum lah..

    Kita tidak pernah puas dengan hasil duit yang kita pernah dapat. Walau sebanyak mana sekalipun, kalau dah kaya belanjanya akan besar belaka

    Dulu aku pun agak terpengaruh dengan benda-benda ni, tapi sekarang tidak lagi (masih berusaha mengawal hawa nafsu nak duit-duit-duit)

    Nabi Muhammad pernah ditawarkan samada mahu menjadi papa seperti Nabi Ayub ataupun menjadi kaya raya seperti Nabi Sulaiman

    Baginda berkata, cukuplah bagiku sehari lapar dan sehari kenyang

    Bersederhanalah dalam segala segi. Ikutilah sunnah baginda semampu yang boleh

    "Bersyukurlah dengan apa yang ada"

    BalasPadam
  2. a ah... dni pernah kena.. tapi bukan internet punya.. kena ngan wealth advisor :'(

    BalasPadam
  3. Ben... terbaek laaa! mmg pndorong untuk smua org sedar! ak penah kena jugak, mmber sndiri yg tk tahan tu.. dia suh aku masuk MLM(*****) , dan dia suh bayar 50je.. skit je.. then aku pun pksa tknak msuk gak.. smpai hubungan kami trputus sbb mangkuk yg pksa dia tu...

    aku tetap dgn bisness ak sndiri masa tu, format komputer org, jual baju, direct selling jual nasi lemak la.. huu mcm2 nk cari sumber rezeki ni bukan snang, bkn smudah yg disangka.tapi mampu tk myusahkan orang tua kita, utk cari makan sndiri.. but dia still ckp yg keuntungan brlipat ganda, siap bleh beli kete lagi.. sorry , aku tk nak masuk gak, apa nk jadi.. jadila..

    satu hari, bila da setahun lebih tk jumpe, kami btemu balik.. dia ckp mnta maaf kat aku sbb berkasar suh masuk benda MLM tu.. aku ok je.. dan dia rugi 2000 lbih masa tu, ak nasihat kat dia sikit je.. jgn trikut2 ckp orang, selidik dlu apa2 hal.. carila bnda yg halal sikit, asalkan ckup buat isi prut tuk masa ni, k...

    *Huuuu, komen terpanjang aku setakat nih



    diden
    -----

    BalasPadam
  4. Susah nak cakap, nasib baik setakat ni tak terkena lagi, sebab pak tua ni bab2 duit mmg betul2 kena jaga2..biar melabur barang antik dari buat duit "gitu2"....tak relaa!

    BalasPadam