Jelajah Blog : Diari , Koleksi dan Memori

by - Jumaat, April 02, 2010

Blogger Baru ? Jom kasi semangat skit !

Aku baru terserempak akak blogger ni kat trafik aku .. Akak ni baru berblog .. aku lak orang pertama yang jadi follower dia ..huhu .. nak kasi semangat neh .. Ye la..aku tau camana perasaan memula berblog .. " ada ke orang nak baca cerita mengarut aku ni ? " .. Ada.. wife aku jer pada mulanya ... huhu..sian aku kan ...Tak pe.. semua blogger baru akan lalui ..

Kenapa aku beria nak promote blog akak ni ? Aku rasa mulai skang , setiap blog yang aku rasa berbaloi untuk aku promote , maka aku akan promote .. Berbaloi maksud aku ialah tak sia sia ... Kira blogger tu bersungguh sungguh nak berblog .. bukan kerana $$ tapi kerana minat .. haa .. Kasi semangat la kan .. Bagus tak aku ? Jadi , apa kata kita ramai ramai p singgah sat kat blog akak Nora ni ... hehhee...

Selamat datang ke dunia blog >> DIARI , KOLEKSI & MEMORI

p/s : silap silap dia lagi lama dari aku .. kot ni blog dia no 10 ke ? Mau bunuh diri aku weh ..

You May Also Like

5 comments

  1. Terimakasih bebanyak la adik Ben kerana mem 'promote' akak punya blog yang serba kekurangan ni.. banyak benda lagi akak kena belajar kat blogspot ni.. terkial-kial la jugak..
    Terima kasih la sesape yang sudi singgah ke blog selepas terbaca nama akak di sebut dalam blog Ben yang meriah ni.. ada ke yang sudi singgah.. Malu akak.. apa-apa pun akak alu-alukan kedatangan kamu semua. Thanks once again. May Allah Bless you.. take care.

    BalasPadam
  2. sama sama kak ... hehe..terharu .. hehe..
    tak pe ..kita sama sama berdiri .. saya pun baru gak .. hehe... tqqq kak ...

    BalasPadam
  3. a'kum...saya pun baru jg..masih t'kial2 n kekok nak menulis kat dalam blog sendiri...saya dah buka blog akak yg en.ben promote...rasanyer jauh lbh baik dari blog saya yg baru masuk 3-4 entry...
    terima kasih la en.ben sbb buat segmen jelajah blog ni...sgt b'guna utk saya yg baru nak b'jinak2 dgn dunia blogger ni...

    w'salam....

    BalasPadam
  4. en.ben...maaf yer saya terlupa minta izin utk ltk blog "BEN ASHAARI' ni kat blog list sya...dah lbh kurang 2-3hrletak baru t'ingat nak minta izin....sori yer en.ben...:) sya budak baru blaja......

    BalasPadam
  5. Bro. Ben..

    Terima kasih atas jasa baik Ben atas usaha dan kesungguhan memperkenalkan blogger baru dan lama.. Nampaknya blogger-blogger baru yang di perkenalkan mendapat sambutan dari follower-follower Ben.. Ianya mula dah berangkai dari satu blogger ke satu blogger.. Ianya sungguh berbaloi-baloi... Berkesan sekali.

    Ada 2 entry akak ada sebut nama Ben.. http://norahah.blogspot.com/2010/04/terima-kasih-ben-ashaari.html dan http://norahah.blogspot.com/2010/04/pening-masih-mencari-jalan-pulang.html Jika dah baca entry tu akak ucapkan berbanyak terima kasih.. sebab akak tahu Ben sekarang ni pun dah jadi selebriti blog.. banyak permintaan yang perlu di layan... Ramai peminat dah ni.. Eheheh!!! Caya la Bro. Wish you all the best in what endavour you do. Take care.

    Owh lagi satu Ben akak tak tau kat mana notification mengenai komen atau mesej di terima terletak.. jadi kena balik check tmpt2 yang kita dah tinggalkan komen kat blog tu.. kadang mana kita ingat kat mana kita dah tinggalkan komen tu kan.. ni baru kejap widgeo counter pulak lenyap hilang dari pandangan ntah sementara atau mmg terus tak muncul lagi tak tau larrh.. Pening dibuatnya.. Sorry Ben mengadu kat sini pulak akak ni..

    Dik Ismaliana .. terima kasih kerana sudi singgah kat my blog.. akak dah jadi follower Ismaliana sekarang... :)

    BalasPadam