Kalaulah 'dosa' itu boleh dilihat ..

by - Ahad, April 04, 2010

Dosa dan pahala .. kedua duanya akan kita terima diatas setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Aku rasa semua sedia maklumlah kan dari sapa kita terima kedua dua tu ...

Semalam aku pergi ke I-CITY, Shah Alam dan baru petang tadi aku g Alamanda yang jauhnya tak sampai 5 minit dari umah aku .. Isunya ? Terlebih dahulu aku mohon maaf ye... Isu yang aku cuba sampaikan di sini untuk semua termasuk aku ....

Sepanjang malam aku berada di I-CITY , majoriti yang datang ke sana adalah bangsa aku sendiri.. Yang bersessi fotografi pun bangsa aku sendiri .. Tadi aku g Alamanda pun , majoriti adalah bangsa aku sendiri yang memenuhi pusat membeli belah tersebut .. Aku tak mo cakap tentang bangsa lain di sini .. Aku cuma nak cerita tentang bangsa aku yang beragama ISLAM ..

Aku tengok , ramai yang datang di kedua dua tempat ni berpasangan ... LELAKI dan PEREMPUAN .. dan aku pasti sangat mereka belum ada apa apa ikatan jauh sekali dah menikah .. Minta maaf yer , aku bangkitkan isu ini adalah kerana pembaca yang baca blog aku ini aku anggap sebagai kawan aku sendiri .. Kalau aku tak cerita maka ramai tak sedar .. Aku tak kata aku bagus .. aku sendiri terkena pada batang hidung aku sendiri ..

Berpegangan tangan tanpa ada ikatan .. Berpelukkan semasa mengambil gambar ... Berpakaian ketat namun bertudung ... Dan mendedahkan aurat ..

Aku tamo ulas lanjut bab tu sebab aku rasa semua dah besar panjang ... boleh pk sendiri .. di mana mereka meletakkan maruah mereka sendiri .. Mereka tidak merendahkan maruah agama kerana maruah agama bukan terletak pada mereka tetapi mereka yang merendahkan maruah mereka sendiri sebagai penganut agama Islam .. tu saja .. Mereka itu termasuk aku sendiri ..

Bayangkan dua situasi ini ...

Kita baru saja kehilangan pelawak terkemuka negara : Allahyarham Din Beramboi ..
Setiap hari sebelum kematian Din Beramboi , hari hari kita lihat senyum riangnya .. kita dengar di radia Era .. gelak tawanya tiba tiba tup tup , dia meninggal dunia .. Bayangkan korang sendiri bagaimana ? Baik punya dok buat dosa ... tiba tiba balik rumah , eksiden ... atau terjatuh .. lalu .. sendiri pk .. Aku tak doakan perkara buruk ni berlaku pada korang atau aku sendiri tetapi aku mengingatkan ... Kalau dok asik buat dosa dan pk , ala balik karang bertaubat la ... Kalau sempat ! Kalau tak ? Tau kan apa janji Allah pada mereka yang berbuat dosa ??

Kedua ... andaikata kita boleh lihat dosa ... di setiap kepala manusia .. kita boleh nampak dosa yang dilakukan ... atau ada nombor di kepala .. ibarat markah peperiksaan .. bayangkan berapa banyak markah korang dapat ? Betapa Allah tidak memperlihatkan dosa kita agar kita senantiasa bertaubat padanya .. Kalau boleh nampak laa.. camana kita nak tunjukkan muka kita pada orang lain ?? Disebabkan tak nampak , maka terang terang buat dosa .. dengan alasan , kubur aku , aku jaga .. ko jaga kubur ko sendiri .. !! Patutkah kita berfikiran sedemikian ?

Kita mati , sorang sorang ... kita bawak dosa pahala kita sendiri .. Kekasih yang asik pegang tangan atau tak kisahkan kita mendedahkan aurat takkan berlutut berdoa agar segala dosa kita diampun kan Allah malah sah sah dia cari lain ... !!

Sendiri mau ingat ...

You May Also Like

8 comments

  1. setuju tu abg ben, biasa yang malu2 skit tu yang belum ada ikatan, yang kurang malu2 biasanya yang dah berstatus 'tunang'. dan kalau yang dah kawin takde hal la tapi biasanya kalau dah kawin tak rasa nak buat perkara2 macam tu. kan?

    BalasPadam
  2. betul tu, aku pun heran+sedih tengok bangsa kita makin lupa batas dan hukum agama sendiri.

    BalasPadam
  3. yes...i agree with u..
    saye pun macam tu juga..mujurlah hidayah dari-Nya hadir tepat pada masanya.. alhamdulillah... sama2 lsg mengingati..

    BalasPadam
  4. Entry nie wajib dibaca kepada semua, tidak berbeza peringkat usia...kadangkala kita anggap remeh..namun hakikatnya itulah 1 dosa yg akan kita pikul...
    kalau nak tegur, dianggapnya kita nie suka jaga kain sendiri..(masalahnya kain kita nie, dok molek jer) bak kata ben...pikir2 kan lah

    BalasPadam
  5. Setuju teramat sangat...kalau terlepas pandang pun, bila baca N3 ni tak sikit banyak terfikir juga dalam kepala otak dan tersangkut juga dalam hati nurani memasing...

    BalasPadam
  6. setuju ngan bro..kadang2 malu juga tengok pasangan dari bangsa sendir berpeluk dan berpegang tangan tanpa apa2 ikatan...

    saya yg bertunang ni pun kena sound awal2...nak pegang tangan lepas nikah..hehe :)

    BalasPadam
  7. salam,

    betul kata2 bro tu,ana akui ada je yg macam tu.org melayu kita yg beragama islam plak tu..xkira tempat dan masa je je berlaku macam tu ;(
    ana nampak pun..nak tegur x berani.sedar diri ini maish kekurangan

    BalasPadam
  8. mcm post ak ritu.nk tgur x brani..tepuk dda tny iman..huhu

    BalasPadam