SEJARAH MENJELAJAH BLOG : TIPS

by - Sabtu, April 10, 2010


MENJELAJAH BLOG berbeza dengan konsep MENTERJAH ... aku masuk secara baik , aku baca ..tgk profile ... ulas yang positif .. aku tak nak tengok yang negatif .. sebabnya , blog adalah peribadi .. kecuali jika blogger tu mintak diberi pandangan mengenai blognya ..

Bagaimana aku terfikir tentang perkara ini ? Lama dah aku terfikir .. pernah aku cadangkan di GENGBLOGGER dulu tapi haram , takde sambutan .. wat dek je terhadap thread aku tu .. hehe .. tak pe la .. aku bukan blogger popular pon ..sapa nak join aku kan ..

Dari mula aku berblog , aku terfikir , aku tak nak tackle pembaca dari dalam Malaysia jer .. Bagaimana aku nak tackle pembaca yang boleh membaca bahasa Malaysia ni , masuk ke dalam blog aku dah jadi pembaca tetap ! .. diulangi , pembaca tetap !!! ... bukan mudah .. entri kena menarik , layout kena menarik dek mata .. jgn terlalu lip lap dan berat semasa loading ..

Alhamdulillah ... aku terjumpa 'lubuk' blogger luar negara ... Mereka ini terdiri dari orang orang bekerjaya profesional di luar negara dan ada yang masih belajar .. Bila dah jumpa lubuk tu , kena pandai nak tackle lak .. bagaimana nak tackle ? dengan memberi komen ? menegur di chatroom ? Tu terpulang pada cara masing masing .. Aku ?? Bagaimana aku tackle ? hehehe ... korang baca entri entri aku yang dulu dulu .. mesti korang jumpa ..


Setiap hari blog aku ( dulu ) akan dibaca hampir 500-1000 orang pembaca tetap/ blogger yang mana mereka ini terdiri dari rakan rakan di FACEBOOK ( terima kasih pada korang semua ) dan blogger sendiri .. Tak banyak .. aku senantiasa memikirkan bagaimana nk tingkatkan pembaca ..

Lalu kehadiran konsep AWARD aku ni memberi aku peluang besar .. kebetulan waktu tu hubungan aku dengan salah seorang blogger yang mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia blog ini dalam kategori MASAKAN , memberi peluang aku meluaskan kawasan pembaca aku .. Lalu aku beri award pada beliau .. aku beri sebab terharu dengan sikapnya yang senantiasa singgah membaca dan mengomen di setiap entri aku walaupun dia bz .. bukan senang nak cari blogger gini wooo .. ( TERIMA KASIH MAT GEBU dengan blog popularnya ' DAPUR TANPA SEMPADAN dan kesemua pembaca pembacanya .. korang masuk dalam tu , add mereka .. )

Award yang diterimanya , di buat entri khas ditujukan pada aku .. satu lagi penghormatan dari beliau . Terima kasih .. maka bermula dari situ ramai la blogger blogger lama datang menyinggah lalu menyapa aku di komen .. Terima kasih dari saya ! Wife aku kenal mereka mereka ini kerena dia seringkali mencari idea masakan di dalam blog mereka .. lalu wife aku 'mengarah'kan aku agar tackle mereka mereka ini .. huhu ... bermula dari situlah segmen MENJELAJAH BLOG aku bermula .. satu satu blog aku jelajah dan aku tinggalkan komen pada mereka .. minta mereka periksa semula entri yang aku buat khas untuk mereka .. mana tau ada salah maklumat , kena saman aku ..

Kemudian aku pergi ke 'luar negara ' dalam segmen JELAJAH BLOGGER PERANTAU .. huhu..seronok giler .. ramai aku kenal ... dari negara negara eropah ..dapat geng lagi kan ? Kalau korang fikirkan trafik , maka korang takkan ke mana mana dengan blog korang tu ! korang tak ikhlas berblog .. ni pesan ni ..

Akhirnya , aku terfikir .. dengan trafik yang mula masuk ni , apa kata aku berkongsi dan mengembangkan lagi dengan BLOGGER BLOGGER BARU .. setiap dari mereka akan mempunyai pembaca pembaca setia ..

BEN ASHAARI = 10 PEMBACA
BLOGGER A = 10 PEMBACA
BOGGER B = 10 PEMBACA
BLOGGER C = 10 PEMBACA

Aku minta mereka buat entri .. kesemua pembaca akan berada dalam blog aku kemudian akan membaca ulasan ulasan yang aku buat seterusnya pergi ke blog tersebut .. dan kemudian kembali ( insyaAllah ) lalu membaca blog lain ... blogger blogger yang nampak akan join .. begitulah ianya berkembang

Pasti korang pk , aku akan untung besar kan ? Mungkin ya mungkin tidak .. aku akan kehilangan pembaca tetap aku kerana hari hari aku akan keluarkan entri JELAJAH BLOG .. Lama lama mereka akan bosan .. sapa yang untung selepas itu ? Blog yang aku telah rekemenkan pada mereka !

Tapi tak mengapa .. aku tahu bukan mudah nak menjual blog ! Aku dah alaminya .. bila aku dah jumpa resepinya , aku gunakan ... untuk semua blogger blogger baru dan juga lama ( yang berminat) ... AKU BUKAN MENTERJAH BLOG tetapi AKU MENJELAJAH .. merantau mencari rakan rakan blogger ... berbeza .. menterjah bagi aku adalah kasar... bagi aku yer ... ok.. panjang benor aih ... nanti aku sambung jelajah ekk...

You May Also Like

17 comments

  1. bro memang seorang blogger yg hebat..

    BalasPadam
  2. tq for share....info yg berguna..akan sy guna tip2 dari ben untuk menjadi blogger yg mantap..fuh..

    BalasPadam
  3. ahha.
    dah berjaya kan sekarang?
    tahniah~

    BalasPadam
  4. errrr....tak terkata sy.encik ben ni banyak sangat fikir ;)

    BalasPadam
  5. ariff : amboi amboiii

    saya blogger biasa jer .... takde hebat mana pun .. ARIFF tu hebat .. eheh

    saya mmg suka berfikir...24 jam berfikir jeee .. apa entri seterusnya ... setiap 'benda' yang saya lihat , akan dijadikan entri ...

    BalasPadam
  6. Salam bro, Arm rasa sangat tertarik ngan berblog jgn fikir trafik, nnti berblog jd tak ikhlas...

    Wa caya sama lu ah bro...

    BalasPadam
  7. Wah,saya belajar satu benda baru..

    kita kena ikhlas!

    ;)

    menarik la...

    BalasPadam
  8. Salam Ben...Itu lah org kita ni kan, kalau kita cuba cetuskan satu2 idea, depa selalu pandang sepi dan tak endah sangat...tapi sekarang sapa yang untung...pstt untuk pengetahuan anda..Mamafami cukup bangga bila dia tau puan Azila (sapa dia ni ek?)...ada pi blog dia...

    BalasPadam
  9. salam

    yup! berblog biar lahir dari dalam ke luar. Ikhlas.. satu perkongsian. Bukan setakat terjah je lalu hilang.. mananti.. menanti.. tak mau lagi memberi..

    Bila kita berblog kita harus memberi dengan ikhlas. Maksud sy, bila kita membait kata dan memberi komen kat blog diorang tuu.. berilah dengan komen yang setulusnya.

    Biarkan blogger yang kita komen datang dengan kerelaan hati sendiri. Takde paksaan. Bila ia datang dengan sendiri. Datang kerna ingin baca entri kita.. dan datang lagi.. itulah tanda kita telah berjaya berblog.


    p/s- saya tabik kat bro..

    BalasPadam
  10. i think i've be ur permanent reader. hhahahah ;)

    BalasPadam
  11. jenuh juga nak khatam :)
    tapi trima kasih bebanyak..
    satu yang saya tahu.. usaha itu tangga kejayaan :)

    BalasPadam
  12. ELOK MENJELAJAH BLOG...DPT TBH KENALAN....TP YG X OKNYA...ASYIK KITA JE NAK JELAJAH...TP ORG YG DIJELAJAH WAT TAK TAU JERKKKK.SAPE NAK JWAB....KERJASAMA KAN PENTING..

    BalasPadam
  13. salam ziarah.. blog yang manthopp!!

    BalasPadam
  14. TQVM..for the tips...mmg betul nak berjaya kena ada ilmu..nak ada ilmu kena rajin baca...teruskan usaha memberi tips... =)

    BalasPadam
  15. thanx!byk bnda dpt kat cny~smua brguna.. he3.. :)

    BalasPadam