Takziah dari BEN ASHAARI BLOG

by - Jumaat, April 02, 2010

Terkejut ! Tu yang mampu aku beritahu ..tak sangka tahun ni beliau yang 'meletup' pada tahun ini telah kembali padaNYA ..

Aku dapat perkhabaran ini dari entri entri blogger yang berkambung di GENGBLOGGER.COM .. Serasa macam tak percaya jer .. seolah baru semalam je menonton rancangannya di tv .. Ermm..

Itulah yang aku sering fikirkan ... kita ini seumpama sebuah robot ... sedang bergerak elok ke kiri ke kanan , tapi tak sedar bila bila masa saja bateri boleh habis atau bila bila masa saja , Pemilik robot akan menekan butang 'off' ... Tu pun masih ramai lagi yang tak sedar .. Bergembira seolah olah tiada hari esok ..

Macam malam semalam ..berapa ramai manusia berkampung dalam disko .. bergelak ketawa sambil meneguk air kencing syaitan tanpa rasa bersalah .. Memeluk erat perempuan yang bukan muhrimnya ... Yang wanitanya dengan bangganya mendedahkan tubuh badannya yang mana tidak sedarkah nanti batang tubuhnya bakal menjadi kayu api di neraka kelak ??

Aku takut ... setiap hari aku takut memikirkan kematian .. Aku bukan takut mati .. tapi aku takutkan dosa dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini ... Dosa dosa yang akan aku bawa ke dalam kubur kelak ...

Ya Allah Ya Tuhan ku .... Ampuni segala dosa dosa ku ini ... Aku bertaubat pada MU , YA ALLAH .. Ampuni segala dosa dosa ahli keluarga ku ... Ampunilah segala dosa dosa saudara mara seagamaku , Ya Allah ...

Di subuh hening ini ... pemergian DIN BERAMBOI , membawa seribu makna tersendiri .. Takziah buat keluarga DIN BERAMBOI ... Semoga Allah mencucuri rahmat pada rohnya ..

Amin ....

You May Also Like

5 comments

  1. Innalillahi wainnailaihi raji'un...

    BalasPadam
  2. Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk ahli keluarga arwah....

    BalasPadam
  3. AL-FATIHAH - Takziah kepada keluarga Din. Allah lebih menyayanginya.

    BalasPadam
  4. Tumpang sedih dengan pemergian beliau.. entah macam mana pulak perasaan siAznil tu kan... rakan partner yg setiap hari membuatkan pendengar tersenyum sorang2 bila mendengar celotih diorang berdua..alfatihah buat arwah

    BalasPadam