Asal Usul Babi Dan Kera

by - Rabu, Mei 12, 2010

Firman ALLAH S.W.T :

Dari surah Al-Baqarah : 65-66

Maksudnya :

" Sebenarnya kamu tahu betapa dasyatnya azab yang menimpa bangsa kamu ( Yahudi ) kerana melanggar Peraturan Hari Sabtu . KAMI telah sumpah kepada mereka : Jadilah kamu kera yang hina .KAMI jadikan semua itu sebagai peringatan bagi orang-orang yang ada ketika itu dan juga mereka yang akan datang . Semoga ia menjadi pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa "


Dari surah Al-Maidah : 60
Maksudnya :

"Katakan ( Muhammad) kepada Yahudi: Mahukah aku ceritakan kepada kamu balasan paling buruk di sisi Allah berbanding balasan ke atas orang-orang fasik. Iaitu , balasan ke atas orang orang yang dilaknat dan dimurkai oleh Allah , orang-orang yang disumpah menjadi kera dan babi dan juga penyembah Taghut. Kedudukan mereka ini lebih keji dan jauh terpesong dari kebenaran. "

Menurut Ibn Abbas r.a , auyahnya pernah mendengar Abu Qasim bertanya kepada Hasan bin Fadhil :

" Adakah terdapat di dalam Kitabullah sesuatu perkara halal yang ditetapkan oleh Allah dengan lafaz sumpah dan juga perkara diharamkan ALLAH lalu disertai azab yang mengerikan ?

Hasan bin Fadhil menjawab : Ya, iaitu kisah yang berlaku pad zaman Daus A.S . Terdapat satu kaum Yahudi yang tinggal di Eilah ( terletak antara pantai Mesir dan Madyan ) . Mereka bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Sedangkan Allah telah menjadikan hari itu sebagai hari larangan . "

Menurut ahli sejarah , suatu ketika dahulu mereka dilarang keluar bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu . Malahan , bukan pekerjaan itu saja, tetapi semua bentuk pekerjaan diharamkan pada hari itu.Ini kerana, hari itu adalah hari kebesaran yang boleh kita samakan seperti hari Jumaat .

Pada hari itu , mereka diperintahkan meluangkan satu hari agar beribadat dan mengingati Allah saja. Akibatnya mereka telah disumpah menjadi kera dan babi .. Allah hapuskan seluruh keturunan yang ingkar itu ...




OK..tu adalah sambungan dari buku yang aku baca ... Ari tu aku ada baca sebuah buku yang bertajuk " Yahudi - Menurut Al-Quran , Hadis ,Taurad dan Injil " ... Baru dapat sambung baca sebab ada member berminat nak pinjam lak.. Bagi dia baca dulu la...

Panjang lagi sebenarnya bab ni ... kalau nak tau .. yahudi ni bukan ada satu kaum je..ada banyak pecahannya ... ermmm .... kalau nak tau .. cuba google tajuk tu dalam blog aku..korang leh jumpa cerita awalan dia .. ek.. hehehe..

Wallahualam ..

You May Also Like

4 comments

  1. wow...rajin membaca buku juga kan..

    (n_n) btw, tQ sharing!

    BalasPadam
  2. nice sharing..pasal kaum yang yang tgkp ikan tu...pnh jugak dgr time sek..tq en ben..

    BalasPadam
  3. yup.. info baru sudah masuk.. tq en ben....

    BalasPadam
  4. pernah dengar yg tangkap ikan tu.. tapi dahh lupa. maknanya teori charles darwin tu ? nii manusia jadi kera bukan kera jd manusia.. wallahua'lam..

    BalasPadam