Jelajah Blog : Da' Next Level

by - Selasa, Mei 11, 2010

Salju ... itulah nama pena yang diminta pemilik blog ini .. kenapa nama dia SALJU ? Tu korang leh jumpa nanti dalam blog dia ..


"Wujudnya nama Saljuhumairah.blogspot.com nih adalah kesan daripada pengaruh novel yang aku baca waktu aku mula bergiat dengan dunia blog iaitu Salju Sakinah karya Zaid Akhtar. Aku begitu teruja dengan novel pembangunan jiwa islamik yang sangat terkesan hingga ke ulu jantung sanubari. Bertepatan pulak dengan nama humaira (kemerah merahan panggilan Nabi Muhammad S.A.W. kepada isteri baginda yang bernama Siti Aisyah r.a) yang saat itu aku sedang meminati seorang gadis merangkap teman wanita aku. Kadang-kadang aku panggil dia Humaira' sebab dia berkulit putih. Nama dirahsiakan diatas sebab-sebab keselamatan. So aku abadikan nama blog nih saljuhumairah sempena judul novel motivasi yang aku minat dan gadis yang aku suka sebagai kenangan nostalgia jiwa aku. "

" Tujuan saljuhumairah dicipta pada awalnya hanya untuk meluahkan apa yang segala yang tersirat disebalik hati aku yang sepi waktu tu. Ada masalah sikit dengan gadis idaman. Sekarang dah ok dah. Konsep blog ni awalnya mudah iaitu berbicara dengan hati sendiri. Kalau Bro Ben perasan aku banyak mencipta sajak2, atau luahan2 pelik yang aku sendiri tak paham apa yang aku alami. Lebih kurang berbentuk kerohanian jiwa. Bukan blog jiwang karat tapi muhasabah diri. Selain sebagai tempat untuk review koleksi buku-buku@novel-novel yang aku beli atau pinjam. Sekadar untuk berkongsi hobi membaca aku. Alih-alih sekarang blog nih dah berubah konsep. Mungkin aku dah tak ada masalah dengan buah hati kot. "
Sangat simple blognya ... aku suka blog macam ni ... gaya penulisan pun bersahaja ... Komen ? Takda langsung .. ok je bagi aku ... Semoga berjaya Salju ... ( aku minat wira tunggal ..pendekar laut . hehe )

Ok ... pada yang nak menjelajah blog awal pagi ni .. jooommm >>> DA'NEXT LEVEL

You May Also Like

2 comments

  1. I've been reading this for quite some time...
    suka gaya entry dier...
    huhu...

    BalasPadam
  2. ehem...ehem...

    tq bro...sbb sudi bertandang...
    tadi pas habis keja..baru perasan..blog saljuhumairah sudah dijelajah....

    tqvm....

    sungguh terharu rasanya...

    BalasPadam