Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram?

by - Sabtu, Mei 08, 2010

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”

[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.


sumber : KELAB FIQH DAN SUNNAH FACEBOOK

You May Also Like

15 comments

  1. oh. baru tawu la bro. tenkiuu. hurmm. mak ni snsitip jgk. terasa kalo anak2 tak wish hapy mother's day kat dia. hattoi

    ;)

    BalasPadam
  2. serupa tapi tak sama..mane ada menyerupai budaya kafir..fikirkan yg positif..tarikh hari ibu tidak same seluruh dunia..tidak memperingati tarih2 lain dlm budaya kafir..cara kita menghargai ibu kita pun tidak smpai melarat atau terpesong dr agama..

    BalasPadam
  3. Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:

    1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
    2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
    3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
    4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
    5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
    6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
    7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

    BalasPadam
  4. Emmm.. naik kereta pakai minyak haram x eh, sebab kereta Ford yang first introduce budaya non-muslim tu. Kapal terbang, kete kebal lak non-muslim buat perang, camne lak kalau guna masjid yang asalnya church? Haram semua ke? Ben... Ben...

    BalasPadam
  5. @myfundarkside

    baca betul betul ...

    kereta , kapal terbang , kete kebal .. kalau digunakan ke arah yang betul , apa salahnya ?? kalau guna untuk berperang sesama ISLAM ? Apa hukumnya ?

    Gereja dijadikan masjid ? kenapa nak haram ? Selagi suci untuk digunakan .. gunakan .. bukan tak ada pun ..

    skang ni isu di sini ialah .. orang kita ni .. ramai sambut pada hari hari tentu saja ... ISLAM suh kita senantiasa sayang dan hormat ibu bapa kita ..

    Ada yang terikut budaya barat ...tu je ..baca la betul betul .. buka minda tu ..

    BalasPadam
  6. Pak Tua pun kadang2 rasa macam tak sedap juga lah pasal pekara ni, sebab2 mcm ni pun boleh membuatkan bangsa dan ugama lain memandang islam ni mcm complicated....apa2 yng kita buat "niat" itu penting....

    BalasPadam
  7. sama gak pada hari raya .. beria menangis mintak ampun maaf .. pastu ? gaduh balik ? tunggu raya nak mintak maaf ? konsep yang sama ... tapi kita terlupa ...

    BalasPadam
  8. tiap2 hari adalah hari ibu ^__________^

    BalasPadam
  9. @ mat gebu .. betul ..niat .. tapi orang kita ni gemar terikut orang kafir nun .. apa yg diorg sambut, kita nak sambut ... sampai halloween pun bantai nak sambut ..

    "Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa."

    tapi orang kita , masa ni baru nak g ucap kat ibu bapa dia .. masa ni la nak kucup dahi , pp mereka .. kerana tarikh ini ..

    apa saja kita buat semua bergantung pada niat ... kan kan ..hehe..

    wallahualam

    BalasPadam
  10. time hari ibu baru nak wish hari ibu... mcm tuh laaa slalu nyerrr... bagi aku.... setiap hari ade laaa hari ibu... kalo x silap laa... happy mother's day nih merupakan hari memperingati mother teresa.... sape mother teresa??... u all pk laa sendiri..

    BalasPadam
  11. pada awe..hari ibu adalah setiap hari, sebab setiap hari kita berdoa kesejahteraan utk ibu bapa..cume mgkn mereka ada kan hari ibu di Malaysia sebab nak ada satu hari istimewa utk raikan ibu mereka pada hari tu...mcm bwk g jalan2 atau makan tmpt special..tp tak kesah lah nak raikan hari ibu bile2 pun...yang pntg hari2 adalah hari ibu

    BalasPadam
  12. salam..hmm sedikit kontroversi disini..bg saya apa lah salahnya nk sambut hari ibu..Hari Ibu utk menghargai kasih sayang ibu..memang org akn kata tiap2 hari adalah hari ibu..tapi kadang2 sambutan hari ibu ni sendiri dapat menggembirakan hati ibu..kita bg hadiah, bg ciuman, buat entry khas utk ibu dan kadang2 ucapan selamat hari ibu itu sendiri dh cukup buat seorang ibu tersentuh...


    macam saya sendiri tiap2 hari kucup pipi dan dahi ibu saya tapi apalah salahnya kita buat satu hari untuk ibu..

    lagipon Hari ibu bukan seperti hari kekasih yang kita tahu byk maksiat akn terjadi...

    dr insan yg menyayangi ibunya..maafkan saya klu ada tersalah bicara...

    BalasPadam
  13. Betul la kenyataan tu semua bergantung kepada niat jangan ikut sembarangan
    Memang setiap hari pun hari ibu dan satu hari dingati dan dihargai melebihi dari hari-hari lain sebagai Ibu, saya rasa juga tak salah..
    Rasa seronok jadi ibu dan juga memperingati ibu kita sendiri dengan satu hari yang bermakna ..

    BalasPadam
  14. pape pun, entree Ben mmg betul. Ada asas. Tak de pun disebut JGN SAMBUT HARI IBU.

    Tak kira hari apa pun, hari-hari ialah hari untuk Ibu. Cuma pada hari yg org lain dok sebuk2 sambut Hari Ibu, kasi le kasih sayang lebih sikit. Tak payah le nak berkira... Mission kita ialah nak bagi ibu kita happy.

    Kalau ibu kita terasa sbb kita tak wishkan dia selamat hari ibu, agak2 larat tak nak explain panjang lebar kat ibu kita pasai apa kita tak wish? silap2 time nak explain tu ibu kita boleh berkecil hati pulak. ibu kita bukannye nak dgr pasal mother theresa ke ape....

    kang ada lak yg kena ayat camni...

    "ooo... nak wish aku slamat hari ibu tak boleh. Haram... BErsempena dgn kristian lah apalah. BUkannya habih air liur pun kalau telepon aku ucap selamat hari ibu. Yg ko dok merokok tu , mmg terang2 membunuh diri haram dlm Islam, mmg sah2 budaya penjajah, ko buleh plak buat?"

    serius, aku penah dgr nenek sedara aku sound anak dia. Tercekik nak jawab kot..?

    pape pun Ben, teruskan blogging!!!!

    BalasPadam