Kena Langgar , Susah ..Tembak Lagi Susah

by - Isnin, Mei 03, 2010

Susah betul jadi polis ni kan ..Serba tak kena ... Ada je point nak kena 'tembak' dek orang awam .. Niat nak jaga ketenteraman awam tapi seringkali disalahertikan ..

Terbaru , seorang anggota polis trafik dilanggar ketika menyusun kon sejurus selesai adakan sekatan jalanraya ... Dikatakan anggota polis tersebut cedera teruk ..manakala penunggang motor tu tiada lesen dan pemboncengnya pula adalah anaknya sendiri ..

Bagi aku .. tanggungjawab polis amatlah besar .. begitu juga dengan pengorbanannya .. Tapi pihak polis seringkali menjadi kecaman sesetengah pihak bila berlaku sesuatu .. contoh yang terbaru .. aku rasa semua orang tau kan..tak yah la sebut .. Bukan tak kesian .. kesian .. Tapi macam aku kata la ... kalau dibiarkan nanti , rasanya takde dah orang nak hormat undang undang ..kalau diambil tindakan , dikatakan melampaui batas ..

Hurm ..bayangkan ... seorang penunggang motosikal merempuh sekatan jalan raya yg dibuat oleh pihak polis .. tetapi pihak polis tak boleh nak tembak .. sbb dia cuma langgar sekatan jalanraya .. kan ? Andaikata penunggang motor tadi tu sebenarnya seorang penjenayah ? Baru bunuh seseorang .. dan kebetulan lalu di sekatan jalan raya tersebut .. Bukankah pihak polis telah terlepas seorang penjenayah merbahaya ?? Hurm...

Buat baik dipuji ... tersilap sikit.. semua keji ...


You May Also Like

12 comments

  1. tu realiti kehidupan..
    sume nak salah menyalahkan jer..
    pastu bile ade mslh jenayah r bagai,pandai lak cari polis balik...

    BalasPadam
  2. t cmenr plak dgn kes polis yg tembak remaja bwk kete tu ?
    dia ckp nk tembak tayar .. punye ler rabun smp le tertmbak budk tu ..

    BalasPadam
  3. hahah der
    banyak political person je nak main api bile bab polis2 ni nak timbulkan keraguan pada sistem kepolisan di negara kita ni dia tak tau tu bukit kepong punya balai polis penah bersaksikan darah anggota polis yg mempertahankan ancaman komunis huh
    dalam setandan pisang tak la semua busuk betul tak

    BalasPadam
  4. haitttttt...
    moshi2...
    betul2...

    human kan mcm kita biaselah... yg menyusahkan itulah yg dikeji...

    padahal dok habaq polis xwat keje..
    bile bekerja habaq plak depa tak de ht perut...

    haishhhhh rakyat sungguh xfaham...
    melalottt sat..

    BalasPadam
  5. entah la.. Wallahu'alam..

    bukan nak salahkan mana2 pihak. tapi... masyarakat perlu beri peluang untuk siasatan lanjut ni. polis tak semestinya betul dan mangsa tak semestinya bersalah.. siasatan la yang akan menjawabnya...

    BalasPadam
  6. hattoii! tawuu tape. hakikatnya, MELAYU itu yang suka rumitkan keadaan.

    BalasPadam
  7. itulah orang kata..buat baik berpada-pada buat jahat jgn sesekali.. < tiada kaitan.. ehhe..

    BalasPadam
  8. bagi saya. even dia penjenayah pun. polis xde hak untuk tempak dia. melainkan dia jugak ada senjata dan memberi bahaya pada polis.

    pandangan sahaja ye abg ben. =))

    BalasPadam
  9. tul3..sy setuju ngan NARDtheNERD...setahu sy la yg bukan polis ni, polis x boleh start menembak selagi penjenayah x menembak..tul x??mcm x logik lak polis leh tertembak budak yg xde senjata pun..hehe..itu pandangan sy jer k..

    BalasPadam
  10. hmmm...nak mintak semua polis cuti satu hari...tengok apa jadi kat malaysia nih.....

    BalasPadam
  11. realiti kehidupan yg menyesakkan...

    BalasPadam
  12. ape kate kita tunggu siasatan selesai. lagipun orang melayu ade pepatah; JANGAN SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

    BalasPadam