MENGAPA SUKAR UNTUK MEMAAFKAN ?

by - Ahad, Mei 23, 2010

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.

Sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani - www.drmaza.com)


Kadang-kadang aku pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?

Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah


Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91) - www.drmaza.com


Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan..benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la...hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang..

Tak kira la apa sekali pun dosanya..kita tak layak menghukumnya..Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu...kekasih..bekas kekasih..kawan ..kawan office...suami ..isteri...apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya...kalau kita beriman pada Allah , nescaya kita akan jadi seorang pemaaf...seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya...dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya...kerana dia percaya..dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun...

Akhir kata...cuba tanya diri sendiri....baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?

You May Also Like

12 comments

  1. ..maafkan jer la, kita pun ada buat silap..

    BalasPadam
  2. i can forgive, but i cant forget. huhu

    BalasPadam
  3. btul tu...tpi manusia juga diberi hak untuk tidak memaafkan sbb Allah x akan memaafkan dosa sesama manusia selagi manusia yg disalahi x memaafkan..cuma kalau Allah Maha Pengampun kenapa manusia suka berlebih2 plak?

    BalasPadam
  4. bila manusia lebih mengutamakan kepedihan di hati daripada nikmat yang Allah beri..

    BalasPadam
  5. kadang2 bila kesilapan orang tu membuatkan kita trauma, tersiksa dan hancur ati menyebabkan kita rasa berat hati utk memaafkannya.
    Tapi hakikatnya, semuanya berpunca dari keegoan jugak. "tiada maaf bagimu" berpunca dari hati yang ego dan tak mahu kalah. Kita tak lemah jika kita memaafkan

    BalasPadam
  6. maaf adalah sesuatu perbuatan yg terpuji..
    jgn simpan dendam..kerana itu akan membinasakan

    (tazkirah yg terbaik.....tq for sharing)

    BalasPadam
  7. ku suka memohon maaf dan memaafkan..hti tenang :)

    BalasPadam
  8. Betul tu, kita tak rugi apa2 pun...

    BalasPadam
  9. its really hard to forgive someone yang dah ruined kan relationship kita. it takes some time.

    kdg2 i tak berdendam, perasaan benci pun tak ada. tapi nak maafkan orang yang dah rampas kebahagiaan kita tu, susah.

    One day, maybe :)

    BalasPadam