Mukadimah

by - Selasa, Mei 25, 2010

Dari buku MEMBELA ISLAM - TANGGUNGJAWAB & DISIPLIN

Pada asalnya buku ini merupakan himpunan beberapa tulisan penulis. Sebahagiannya pernah dibentangkan dalam beberapa seminar.Penulis merasakan bahan bahan ini perlu didedahkan kepada masyarakat umum kerana ia dapat membantu memberikan gambaran terhadap tanggunjawab muslim dalam membela agamanya.Ia menggariskan disiplin yang perlu dipatuhi dalam menunaikan tanggungjawab ini.

Dunia Islam menghadapi dua keadaan . Pertama , si bacul yang enggang membela agama.Kedua, si berani yang tidak mahu mengikut peraturan ketika membela agama.Seorang muslim hendaklah berada di garisan yang betul dalam hal ini. Dia bukan seorang yang bacul sehingga sanggup membiarkan agamanya dihina dan bukan juga seorang yang hanya bersemangat tinggi tetapi tidak berpandukan peraturan dan strategi yang baik.

Memiliki perasaan ingin membela agama adalah nikmat iman yang terbesar.Ia adalah tanda cintakan ALLAH dan rasul-NYA. Sekali gus mendapat kemanisan iman dan pembebasan diri dari sifat munafik .

Seorang muslim patut cemburu melihat agamanya dihina melebihi cemburu seorang kekasih apabila kekasihnya diganggu oleh orang lain. Individu yang tidak sensitif apabila melihat agamanya dihina adalah manusia yang jiwanya dipenuhi sifat munafik.Bahkan lebih hampir kepada kekufuran berbanding iman.

Manakala mereka yang ingin membela ISLAM tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarat pula hanya merosakkan agama yang suci. Setiap perkara hanya merosakkan agama yang suci. Setipa perkara dalam agama ada peraturannya. Solat , puasa , zakat , haji , dan seumpamanya yang tidak mengikut peraturan tidak akan diterima ALLAH . Bahkan orang yang melakukannya berdosa dan dihukum sebagai pembuat bidaah.Golongan ini hanya akan memburukkan wajah agama.

Mudah mudahan jiwa kita dibaluti perasaan ingin membela ISLAM. Dalam masa yang sama mematuhi peraturan yang dituntut oleh ALLAH dan Rasul-NYA.

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

You May Also Like

0 comments