Nape Jadi Cam Ni Yer ??

by - Rabu, Mei 19, 2010

Nak tanya satu soalan boleh tak ? Aku bukan nak libatkan dengan mana mana individu .. Tu terpulang pada masing masing .. cuma aku berharap , aku boleh dapatkan satu jawapan yang munasabah dan diterima dek akal dan agama ..

Soalan ni aku nk tujukan pada wanita .. Kenapa tk tuju pada lelaki ? sbb aku lelaki.. jadi nampak wanita dulu .. ok ??

Kenapa bertudung tapi memakai seluar sendat , skirt sendat mahupun berbaju jarang ?? Tudung tu untuk apa yer ? Aku pelik tul la... apa tujuan mereka ni berpakaian sedemikian rupa ? Ada sesiapa boleh bagi jawapan ?

Aku seorang lelaki yang mana senantiasa berdepan dengan kes kes gini ... dalam lrt , dalam erl , dalam lif dan mahupun di opis ... sekeliling aku senantiasa ternampak kes kes gini .. Sebagai seorang lelaki melayu beragama Islam , aku segan bila bangsa lain beragama lain terutamanya tersengih bila melihat gadis melayu Islam jalan ala ala catwalk dengan berpakaian gitu .. Bayangkan apa dalam kepala mereka ... Mereka pk tentang gadis tu atau agama yang dianutinya kerana semua bangsa dalam dunia sedia maklum bahawa ISLAM MELARANG WANITA MEMBUKA AURAT...

Sekian... tu je pertanyaan aku.. hurmm... aku bukan nak berlagak baik atau nak jadi alim ...dan aku tak kata wife aku pun baik.. sama je..cuma ini yang ada dlm benak aku..jadi aku sekadar nak bertanya ... tak salah kan ??

You May Also Like

23 comments

  1. Kadang-kadang perempuan cuba menunjukkan kecantikan mereka itu kepada lelaki dengan cara yang salah.Kalau pakai tudung pun, seluar ketat, baju ketat, apa guna?Nak tunjuk susuk badan la tu.Tetapi bila di tegur, dia boleh menjawab pulak kenapa tengok?Aduhai...

    BalasPadam
  2. susah la ben nak cite pasal aurat ni...subjektif...
    isu minggu ni dok cite pasal ustazah...mana silapnya tu?

    BalasPadam
  3. nak komen panjang2 pun gak berani ben...
    yerlah hak masing-masing kan...kalau depa rasa tutup atas tapi bawah still ketat atau jarang still dipanggil tutup aurat...tu dah dikatakan trend bertudung ..bukan kewajipan..

    so....fikir-fikirkanlah..maklumlah ada adik perempuan...kita pun perempuan...nak tutup aurat biarlah sempurna tak gitu?

    BalasPadam
  4. erm..camana nak cakap erk...nak komen..aku sendiri tak pakai tudung..aku rasa kalau nak dedah sana sini ,baik buka je la tudung tu..sama gak kan..dedah jugak..

    BalasPadam
  5. Kesedaran mereka tidak menyeluruh, BEN..

    BalasPadam
  6. semuanya berasal dari iman..
    kalau tak ambil berat tentang agama, inilah jadinya.. tak tahu tentang erti menutup aurat yang sebenar..

    jadi, kita sebagai orang yang sedar, dan perasan tentang benda2 macam ni, kenalah sentiasa memberi teguran. kalau tak ditegur, maka, sampai bila2 lah benda ni akan berlarutan..

    p/s: en. ben, kenapa tak dibuka komen untuk orang yang tak punya google account atau orang yang blog berdomain sendiri macam saya ni.. hehe

    BalasPadam
  7. ermm no komen gak..sbb mmg skng dah jd trend gitu.sy sendiri pun ada masa pakai gak legging ngan baju labuh la..TAPI tetap ketat kan..kadang2 kiter tau menda tu salah, sebab tgk org pakai lawa,kiter org pompuan ni pun nak try gak..MACAM AKU LA TU..hi..

    BalasPadam
  8. sy salh 1 perempuan yg abg ben ckp tu (mngaku ni)
    n sy rase ramai yg buat mcm tu sebab fesyen sekarang ...yela...legging...korean fashion...dsb...
    tapi tu semua pengaruh yang susa nak dibendung, especially pompuan mcm sy...bkn sy nak meng 'green light' kan fenomena ni, tp feshion + pompuan..kdg2 slh pilih...huhu

    -pape pon yg slh tu dr sy..wallahualam..-

    BalasPadam
  9. stju cik ben..
    dunia sekarng dah hanyt..
    hnyut dek penangan fesyen! :D

    BalasPadam
  10. dorang konon2 nak up to date..
    tudung tu mungkin hanya hiasan.

    ataupun,
    dorang x fahami maksud sebenar tutup aurat.
    =)

    BalasPadam
  11. tak salah ben tanya..kelmarin anak dara akak bertanya boleh ke tidak dia pakai legging,seluar yg sendat tapi jarang tu.
    akak jawap senang je.skang dosa kau dah tanggung sendiri.kalau rasa boleh jawap dgn tuhan besok atau rasa2 api neraka tu sejuk pakai la.mak tak kisah.yg berdosa kamu.mak dah ajar apa yg patut.terus dia terkedu.akak tak suka kepala bertutup tapi sebenarnya terdedah.susah la mcm ni.

    BalasPadam
  12. Terpanggil pula untuk bagi komen isu En. Ben nih.

    Sebenarnya bukan ellaki jer yang pk camtuh. Pompuan pun ader gak pk camtuh. Aku selalu terpk asal ada memebr2 aku pakai tudung tapi baju seksi dan ketat. Kadang2, selempang tudung tahap tak hengat. Tudung kene labuh higga tutup paras dada bukan tutup leher dan rambut jer.

    Then, aku pernah try jadi cam dorang.

    Biler duduk depan cermin, YESS!! Baru aku sedar. Sebenarnya, ada bisikan hebat yang mengatakan "WOW! CANTEKNYER SUSUK TUBUH KAMU!".

    Dan perempuan memang suka pada kecantikan.

    So, hanya orang yang betul kuat iman jer yang boleh lawan bisikan camnih.

    Kadang2, tak perlu nak tunggu setan tuh berbisik, kawan2 pun ada jadi penyebab utama. Biler mereka menyolong dan memuji cara pemaikaain yang tak cukup betul nih.

    Sekian.

    BalasPadam
  13. sebenarnya...
    kalau CANTIK...pkai tdung n bertutup aurat pun TETAP CANTIK...

    tapi semua tu datangnya DARI HATI...

    tepuk dada tanya IMAN...
    pilihan tetap ada dua akhirnya...syurga atau neraka..

    wallaualam..

    BalasPadam
  14. susah la nak diperkata tentang benda nie
    pakai baju kurung tapi kain jarang..
    pakai tudung tapi nampak rambut...
    pakai baju tapi nampak bentuk tubuh..
    fikir sendiri jer la...

    -aku pun bukan baik sangat...

    BalasPadam
  15. sebab orang2 tu pakai tudung bukan sebab nak menutup aurat. Amalan, budaya, pengaruh sekeliling dan ada sebab2 yang hanya dirinya sendiri tau. Biar datang kesedaran dalam hati sendiri untuk menutup aurat sepenuhnya. Tak guna di sound2..tak jalan punya..

    Tapi amalan baik buruk seseorang twanita bukan pada bertudung atau tidak dia tu. itu yang lelaki nampak, amalan di dalam yang lebih penting. Biar kawan2 opis tak nampak, yang maha Esa nampak cukupla..

    Biarla Ben, diorang mude2 tengah nak test market tu..kite tengok je la..tengok bile musim naik pelamin cam musim2 yang lepas..lepas sorang sorang..pastu membunting pun take turn :-)

    BalasPadam
  16. kebanyakannye terpengaruh dgn sekitar diorg..ye lor,aspek pemilihan kawan2 harus dititikberatkan ttp sumenye berasal dari dri sendiri..

    ade yang sedar bnde ni salah tp just wat do no jer semua tu coz nak mempamerkan kecantikan yang ade..
    sape2 yang up to date fashion tu mmg xleh lari dr masalah ni..

    cume ye la, tepuk dada ty iman..
    slalo gak aku ty member aku yg pki gini,sume ckp blom smpi seru..seru ape tah aku xtau..
    wallahu'alam..

    p/s;sbnrnye,pemakaian sebegini lg menggalakkn kes2 rogol berlaku,jadi take note this problem seriously..mgkin bkn anda yang kne rogol tp mybe mane tau akk,adik perempuan or yg berada sekitar fmily anda boleh terlibat..nauzubillah min zalik

    BalasPadam
  17. memang susah nak cakap walaupun aye wanita... sebab pemikiran semua orang tak sama... totally tak sama...

    BalasPadam
  18. fesyen kot... org pakai cam ni, dia pon nak gak pakai camni.. tp 2 hak memasing.. pandai2 la pikir mana baik buruk..

    BalasPadam
  19. pengaruh kawan dan persekitaran yang empunya diri tu sendiri..skop benda ni meluas..

    dan lagi, itu juga tanda-tanda kiamat, bila wanita berpakaian tapi telanjang..

    BalasPadam
  20. sebenarnya perkara nie subjektif...terpulang kepada individu....mereka pakai ketat sebagai satu trend....tipulah kalau kata pakai tudung saja nak tutup aurat, sedikit sebanyak nak gak org tgk kita......kadang2 tak semestinya pakai baju besar tak nampak susuk tubuh...perangai elok...sometimes...diaorg2 nie la yang dok skandal ngan laki org....eh ..aku ke laut daaaa.....

    BalasPadam
  21. ade je pompuan bertudung, tp on off tudung. benda ni takley judge mcm tu je. org skrg bertudung, sekadar nak cover je. cari la yg btul2 bertudung utk penuhi tuntutan agama.

    BalasPadam
  22. Bg sy kalau mcm tu hanya trend sbb wanita bila bertudung nmpak cantik...mybe belum lagi nak menunaikan kewajipan....jwpn pada diri masing2...:)

    BalasPadam
  23. tudung tu fesyen je en.ben..banyaklah saya jumpa yg mcm tu..kadg2 sy beristighfar jelah..sy nk kata baik idak jugak tapi tahu batas-batas pergaulan dan aurat..kadang-kadang saya tengok yg sembahyang tunggang terbalik tapi mendedahkan aurat dan tak jaga pergaulan orang sama juga..

    BalasPadam