Yahudi Mengakui Kebenaran Serta Kerasulan Baginda

by - Jumaat, Mei 21, 2010

" Ketika aku sedang berdiri di sisi Rasulullah s.a.w , kemudian datang seorang pendeta Yahudi sambil berkata : salam sejahtera untukmu wahai Muhammad. Kemudian, aku (Thauban ) menolaknya dengan kuat hinggakan dia hampir hampir jatuh ketanah.Lalu Yahudi pun berkata : Mengapa kamu menolakku ? Lantas aku menjawab : Kerana kamu tidak berkata wahai Rasulullah.

Kata Yahudi lagi : Aku memanggilnya dengan nama yang dinamakan oleh kaum kerabatnya.

Rasulullah s.a.w pun berkata : Memang benar namaku Muhammad , iaitu nama yang diberikan oleh kaum kerabatku.

Yahudi berkata : Aku datang untuk bertanya kepadamu.

Jawab Nabi s.a.w : Adakah ia akan memberi manfaat kepadamu jika aku menjawabnya ?

Kata yahudi : Aku akan mendengar dengan kedua dua belah telingaku. Rasulullah diam seketika ( sedang diwahyukan ) .

Kemudian baginda pun berkata : Tanyalah .

Kata yahudi : Dimanakah manusia akan tinggal pada hari diterbalikkan bumi ?

Jawab Rasulullah s.a.w : Mereka berada di dalam kegelapan tanpa sebarang pedoman.

Kata yahudi lagi : Siapakah manusia pertama akan meniti Titian Siratul al Mustaqim ?

Jawab baginda : Golongan fakir miskin yang berhijrah bersamaku.

Soal yahudi lagi : Apakah makanan mereka setelah dimasukkan ke syurga?

Jawab Nabi s.a.w : Di kurniakan makanan paling baik , iaitu hati al-Haut ( ikan paus ) .

Yahudi bertanya lagi : Apakah terdapat makanan selain dari itu ?

Sahut Baginda s.a.w : Mereka akan dikurniakan makanan berupa lembu yang boleh dimakan kesemuanya.

Soal yahudi : Apakah minuman yang diberikan kepada mereka ?

Jawab Nabi s.aw : Satu mata air dinamakan Salsabila ( nama air di dalam telaga Kauthar ) .

Kata pendeta yahudi itu : Engkau memang benar .

Kemudian dia pun berkata lagi : Aku datang untuk bertanya sesuatu kepadamu dan soalan ini tidak diketahui oleh penduduk bumi melainkan dia seorang nabi atau mungkin seorang dua sahaja yang mengetahuinya.

Nabi s.a.w berkata : Adakah ia akan memberi manfaat kepadamu jika aku menjawabnya ?

Kata yahudi : Aku akan mendengar dengan kedua dua belah telingaku. Aku ingin mengetahui tentang bagaimana seorang bayi diciptakan ?

Jawab baginda s.a.w : Air mani lelaki putih dan air mani perempuan kekuningan . Apabila kedua duanya bercantum , jika air mani lelaki lebih banyak daripda perempuan , jadilah anak lelaki dengan izin Allah. Jika air mani perempuan lebih banyak dari lelaki , terciptalah anak perempuan dengan izin Allah .

Kata yahudi : Benar dan tepat sekali. Memang benar engkau adalah seorang nabi.

Kemudian dia pun pulang meninggalkan kami. Apabila aku ( Thauban ) menghampiri Nabi s.a.w , baginda pun bersabda : Sebenarnya , tidak pernah ada seorang pun yang pernah menyoalku dengan soalan seperti itu. Aku sendiri tidak pernah tahu tentangnya. Tetapi , Allah telah mewahyukan pengetahuan tentangnya kepadaku. "

Hadis riwayat Muslim ,bab al Haid,jil 1 ms : 473

Dari buku Yahudi : Menurut Al-Quran , Hadis ,Taurat dan Injil karangan Wan Mohammad Ridzuan Wan Mokhtar ..

Fuh..pagi pagi dah taip panjang panjang .. Buku ni aku sambung membacanya pagi tadi sewaktu menunggu erl dan berada dalam erl ... Dari aku berdiri kosong , aku sambung membacanya .. Tak habis lagi dari ari tu.. hehehe .. Kalau berminat nak tau bab bab sebelum ni ... klik 1 , 2 dan 3 ...

Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama.. InsyaAllah ...

You May Also Like

7 comments

  1. like this...pepagi da dapat ilmu baru... thanx encik ben!

    BalasPadam
  2. ilmu baru untuk hari jumaat yang mulia.... tq en ben

    BalasPadam
  3. thanks ben...

    info yang berguna....

    BalasPadam
  4. hurm. thnks untuk info itu abg ben :)

    BalasPadam
  5. thanks en ben...kerana sudi berkongsi ilmu dgn kita org

    BalasPadam
  6. mcm manusia skrg nila..tau berzina haram, judi haram, arak haram tapi masih mengamalkannya walaupun tahu semua tu dosa2 besar..

    semoga kita semua diberikan hidayah & petunjuk oleh Allah taala..

    nice info..thx BEN..

    BalasPadam