Bawa troli ke rumah

by - Isnin, Jun 21, 2010

AMPANG: Tidak bertanggungjawab! Itu ungkapan sesuai bagi individu yang tanpa segan silu membawa troli beli-belah milik sebuah pasar raya besar di sini, sehingga ke kawasan rumah mereka di sekitar bandar ini, tanpa memulangkannya semula.

Lebih menyedihkan apabila tindakan itu menyebabkan pekerja pasar raya besar berkenaan terpaksa ‘meronda’ sehingga sekitar Kampung Pandan, di sini, semata-mata untuk mencari troli diambil penduduk, malah ada didapati membawa troli sehingga ke unit pangsapuri mereka di tingkat 10.


Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan, mendapati beberapa troli diletakkan di tepi jalan raya berhampiran pasar raya berkenaan, malahan ada troli dibawa sehingga kawasan kondominium berdekatan dan kawasan perumahan di Pandan Jaya yang terletak kira-kira satu kilometer dari pasar raya itu.


Difahamkan, setiap pagi, pekerja akan meronda sekitar kawasan Pandan Jaya dan Desa Pandan dengan menaiki lori untuk memungut troli yang dibiarkan bersepah sehingga membahayakan pengguna jalan raya.


Seorang pekerja enggan dikenali berkata, terdapat penduduk yang berdegil dan tidak menghiraukan teguran daripada pengurusan pasar raya supaya tidak membawa troli ke luar kawasan gedung berkenaan.

selanjutnya ... >> HMETRO

BA : Ramai sangat dah orang bijak pandai skang ni ...




You May Also Like

6 comments

  1. sikap yang menyusah orang, dah guna barang orang, pandai2 la pulangkan balik,kalau ditegur, kena marah balik...betul2 menyusahkan...

    BalasPadam
  2. oowwhh ini adalah biasa... ben... alamanda nyer troli pun ada je yang bawak sampai ke pejabat ben.. sebab pernah nampak.... hihhi giler lah selamber je sorong troli tu walaupun dah diletak palaang palang.....hehehehe lawak kan...

    BalasPadam
  3. Eih. Kat depan rumah makcik ni ada Carefour. Selalu nampak troli di tempat letak kereta. Mentang-mentang depan rumah.

    BalasPadam
  4. heheh..kelakar pon ada gak...siap bawa balik lagi..tak malu ke..

    BalasPadam