Entri pertama aku dalam dunia blog

by - Selasa, Jun 22, 2010

Bertarikh 17/9/2009 , maka secara rasminya aku buka blog atas tujuan nak merekodkan segala perjalanan kehidupan aku .. Sangat seronok pada mulanya. Ramai rakan berkongsi pengalaman walaupun tak sebest mana .. Namun aku rasa seronok dapat melakukannya...

Tapi sekarang aku sukar nak melakukannya lagi kerana sbb sbb privasi .. Biarlah aku sekadar ' berbicara disini tanpa menganggu sesiapa pun. InsyaAllah ..


Salam . Akhirnya ada juga ruangan untuk aku meluahkan perasaan aku. Satu ruangan dimana pandangan aku akan dibaca dan dikomen oleh orang lain. Itu pun kalau sudi nak komen.

Selang beberapa hari lagi akan tibanya Aidilfitri. Dan ini bermakna kali pertama juga aku beraya di rumah ibu mertua aku iaitu di Kelantan. Tak tau la macamana keadaannya lagi.Nak mengharungi jalan raya yang sahihnya penuh dengan kereta memandangkan ramai warga kelantan yang mencari rezeki di perantauan. Pening kepala dah tentu. Dijangkakan aku akan bertolak pada esok , yakni Jumaat persamaan 18 Sept 2009 , selepas solat Jumaat. Ramai yang berkata waktu itu mesti penuh dengan kereta.Bagi aku , tidak mengapa sebab yang penting , sampai ke destinasi dengan selamat.Perlahan-lahan bergerak asal selamat.

Yang aku tak puashatinya , hubungan darat ke pantai timur ni. Amatlah tidak memuaskan hati.Terlalu berbeza dengan laluan ke utara dan selatan. Bagi aku , ini tak sepatutnya berlaku.Memang terdapat perbezaan politik tetapi pihak yang berwajib kena la prihatin.Sekurang-kurangnya buatlah tempat rehat yang selesa untuk pemandu berhenti berehat. Nasib baik aku gunakan kenderaan sendiri. Bagi yang gunakan perkhidmatan awam ? Bila berhenti kat perhentian sementara , nak masuk tandasnya pun kena fikir berkali kali !!
Takkan masa nak pilihanraya baru nak tabur janji n baru nak buat itu ini ! Buat je la ! Guna duit rakyat gak tu .Bukannya guna duit pemimpin-pemimpin yang memerintah !! Bila dah selesa, pengunjung / pemandu atau penduduk tempatan pasti akan berterima kasih dan mereka tau sapa yang buat semua tu. Bila tiba masanya diorang pasti akan terpikir sapa yang membangunkan kawasan itu. Sedih betul bila mengenangkan perkara ini. Yang bagusnya , yang nak ke pantai timur ni majoritinya melayu. So fikirlah sendiri.. Yang pastinya , seminggu aku berhari raya di sana...

You May Also Like

5 comments

  1. Well, setiap sesuatu itu ada permulaanya kecuali Tuhan..

    Salam Ziarah

    BalasPadam
  2. dlm masa kurang stahun, ben mempunyai rmai pembaca. sgt2 fast forward. :)

    BalasPadam
  3. hebat en Ben jd terkenal dalam waktu yang sgt singkat...

    BalasPadam
  4. Saya salute dengan daya usaha gigih anda ben..tak kenal maka tak cinta..dah kenal mula lah ada rasa getarannya berblog nihh...

    BalasPadam
  5. Salam Ziarah. tQ sebab letak link saya kat blog bro.

    http://ohserius.blogspot.com

    BalasPadam