IMAM DITEMBAK 20 KALI , DIGIGIT ANJING !!

by - Jumaat, Jun 04, 2010

SOUTHFIELD : Seorang imam Detroit , Luqman Ameen Abdullah yang dibunuh ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tahun lalu didapati ada kesan gigitan dan cakaran anjing pada muka dan tanganya serta tidak diberi bantuan kecemasan.

Kesimpulan itu dibuat oleh Dr. Cyril Wecht yang diminta memberi pandangan bebas mengenai pembunuhan Luqman oleh Majlis mengenai Hubungan Amerka Muslim (CAIR) .

Wecht memberitahu akhbar Detroit Free Press kelmarin langkah Ketua Pemeriksa Perubatan Wayne County, Dearborn yang tidak mencatat bahawa imam itu digigit atau dicakar anjing.

Luqman ditembak lebih 20 kali dalam serbuan FBI pada 28 Oktober itu membabitkan kes jual beli barangan curi .

Wecht berkata , mangsa ada kesan gigitan dan cakaran anjing pada ketika ejen FBI cuba menahannya dan rahang Luqman patah diserang haiwan itu.

Sebelum itu , wakil CAIR di Michigan , Dawud Walid , mengemukakan teori bahawa Luqman melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri daripada serangan anjing FBI itu tetapi tidak menolak kemungkinan mangsa juga menembak ejen agensi berkenaan.

FBI pula menyatakan , ejennya menembak mati Luqman kerana mangsa melepaskan tembakan dan melawan daripada ditahan dalam serbuan ke atas sebuah gudang. Seekor anjing FBI juga mati dalam kejadian itu.

Selepas menerima permintaan CAIR , Wecht melihat lebih 70 foto dan laporan bedah siasatan pejabat pemeriksa perubatan Wayne County.

Ada pemimpin Islam tempatan menuduh FBI mengunakan kekerasan yang keterlaluan. Baru-baru ini , ketua pendakwa raya Michigan menerima laporan siasatan polis Dearborn dan sedang menentukan jika ada pencabulan undang-undang.

Wecht berkata:"Jika mereka tembak mangsa 20kali kerana dia menembak anjing mereka, itu tidak boleh diterima," Kata Wecht

Seorang jurucakap FBI yang juga seorang ejen, Sandra Berchtold, enggan mengulas.

Februari lalu , Ketua Pemeriksa Perubatan Wayne County, Dr. Carl Schmidt, berkata tiada kesan ketara selepas melihat kecederaan pada Luqman dan tidak pasti sama ada mangsa kena gigit anjing.

FBI menuduh Luqman sebagai pemimpin kumpulan Sunnah mahu mewujudkan pemerintahan Islam di AS .

- AGENSI

p/s : ditaip semula oleh BEN ASHAARI . sumber dari BERITA HARIAN -4hb Jun 2010

You May Also Like

4 comments

  1. nauzubbilla

    terima kasih sharing berita nie...ayu pun tak sempat layari metro online...

    (gara2 nak jumpa cikgu isza)

    BalasPadam
  2. Kenapa nak tembak sampai 20 kali arrr? Kan tembak sekali jer boleh bunuh kalo tepat ke sasaran..ish3..mmg x patut la..Kejam sungguh la FBI nih...

    BalasPadam
  3. kejam betul, nampak sgt dia memang tak puas hati nak lepaskan geram kat orang muslim. mentang-mentang dia ada kuasa. heishh

    BalasPadam
  4. Subahanallah.... AS = Israel = Sama kejam! Bila la diarong ni nak di turunkan malapetaka.. Alfatihah utk Imam yang menjadi mangsa kezaliman tu...

    BalasPadam