Pendengki

by - Rabu, Jun 16, 2010

Soalan : Apakah keburukan orang yang bersikap dengki menurut hadis Nabi Muhammad s.a.w ?

Jawapan :

Orang yang dengki itu adalah musuh Allah.s.w.t dan ianya berlaku kerana sakit jiwa. Nabi Muhammad s.a.w pernah menjelaskan bahawa dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

Cara mengubati sakit dengki ini ialah mengikhlaskan segala perbuatan yang baik kerana Allah s.w.t semata mata.

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w memberi amaran tentang bahaya sifat hasad ini. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Jaga jaga kamu dengan hasad.Sesungguhnya hasad itu memakan kebaikkan seperti mana api memakan kayu api. " ( Abu Daud.)

Nabi Muhammad s.a.w berkata dalam hasad hanya dibolehkan dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang dianugerahi al-Quran dan dia membacanya siang dan malam dan terhadap orang yang berharta lalu dia membelanjakannya ke arah kebaikkan siang dan malam (Muslim )

- dari buku Kemusykilan Ibadah ( semakan Dr. Fauzi Deraman)

You May Also Like

10 comments

  1. aku ni pown pendengki tapi aku wat sebagai batu loncatan... :P

    BalasPadam
  2. Satu lagi perkongsian Ilmu yang baik..

    suatu masa dulu mmg biasa bersifat bgni..haha..

    BalasPadam
  3. x baik berhasad dengki sesama kita... TQ 4 sharing...

    BalasPadam
  4. abg ben, nk share kat fesbuk boleh????

    BalasPadam
  5. yups
    ramai orang dengki sekarang
    xtahu kenapa

    BalasPadam
  6. wah, cantik no follower abg Ben..

    2002.. hehe..

    siapa la agak2 akn jadi follower ke 2010? boleh menjadi kebanggan jugak tu..

    =)

    BalasPadam
  7. Sangat2 setuju. Sifat dengki ni tiba2 akan melintas dalam benak sanubari....tanpa diundang...

    BalasPadam
  8. 1st..aku nak minta maaf banyak2 sbb banner kelab blogger Ben Ashaari kat blog aku aku edit sikit...kalau Ben x suka nanti aku delete...

    BalasPadam
  9. kebetulan pulak, tgh mengalami perkara nie skrg....

    BalasPadam