Senyum Petang

by - Rabu, Jun 02, 2010

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar.

Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

**Lawak-lawak ari ni aku kutip 4 tahun lepas dalam web...bukan hakmilik aku yer...tak ingat sapa punya tah

You May Also Like

5 comments

  1. sungguh bersopan lelaki tu
    ishhhh terharu

    BalasPadam
  2. lorh..cian kat uma tu..xpasal2 kene tuduh..

    BalasPadam
  3. Ben.. rindu ko... hahahahha

    Ooops.. xd kena mengena ngan enti

    BalasPadam
  4. kalau jadik bini dlm citer tuh mesti dah gelak guling guling...

    BalasPadam