Tersebutlah kisah di sebuah kampung ....

by - Khamis, Jun 10, 2010

Al -kisahnya

Di sebuah kampung .. ada seorang lelaki yang boleh dikatakan kayanya suam suam kuku jer namun tidaklah dia bongkak walaupun kelihatan gitu ..

Satu hari , dia menyatakan niat dia pada orang kampung untuk memasarkan semua produk produk yang dibuat di situ ke bandar dan juga negeri negeri lain ..

Orang kampung pun gembira mendengar cadangannya itu tetapi ada juga yang memandang dengan sinis .. Seolah tidak akan laris ..

Berkat kebijaksaan dia membuat strategi , bisnis dia mula kencang.. Begitu juga nasib penduduk kampung disitu .. Walaupun tidaklah kaya namun pendapatan mereka bertambah baik berbanding dahulu ..

Syaitan mula menghasut .. Dengan mengatakan kenapa perlu membiarkan dia memasarkan produk produk orang kampung sedangkan mereka boleh melakukannya sendiri ..

Akhirnya kampung tersebut berpecah belah ..

Namun lelaki tadi meneruskan perjuangannya dengan memasarkan produk produk yang baru di kampung lain ... Apakah terjadi dengan orang kampungnya itu ? Adakah mereka akan kembali seperti dulu atau bertambah senang ? Adakah si dalang tadi membantu mereka dengan memasarkan produk mereka itu ?

Si dalang hanya ketawa gembira kerana usaha memecah belah kampung tersebut berjaya .. Yang penting perasaan dengkinya itu berjaya dilaksanakan !

Lelaki tadi pula bagaimana ? Walaupun terpaksa keluar dari kampungnya namun dia masih meneruskan hasratnya membantu masyarakat lain .. Baginya , " biarlah sama sama kenyang " ..

You May Also Like

0 comments