Berhantu sungguh ...

by - Selasa, Julai 06, 2010

Sungguhpun telah lama meninggalkan kita , tetapi setiap kali berkumandang lagunya , pasti membuatkan hati kita sayu .. Lagu sentimental seperti Pelangi Petang sangat sangat menusuk kalbu ..

Aku tak rasa ada pengantinya sehingga sekarang .. Tidak mampu lawan kebijaksanaan , kebolehan dan mampu menghiburkan segenap lapisan masyarakat .. Itulah Allahyarham Sudirman Haji Arshad ..

Baru sebentar tadi aku terdengar salah seorang rakan memasang lagu Pelangi Petang .. sungguh pilu ..

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu. - sumber Wikipedia

BA : Al-Fatihah buat roh beliau .. Tiada galang gantinya ... dan tak mungkin ada gantinya , sampai bila bila ..

You May Also Like

4 comments

  1. salam..
    al-fatihah utk allahyarham..

    lagu ni mmg berhantu pun.. kdg2 tu ade masanya hampir setiap hari sue dgr lagu ni..putar banyak2 kali.. sayu jer..

    BalasPadam
  2. al - fatihah juga utk arwah...

    BalasPadam
  3. lagu sudir selalu wat saya menitik ayo mate..sudir ade dimana2 kan lagunye semua kene time raya ade,merdeka ade,patriotik ade,tntang ayah ibu ade,putus cinta,pasal kampung,pasal kerje,lagu joget..beliau sgt menjiwai lagu yg dinyanyikan..xyah guna props byk2..

    BalasPadam
  4. bukan lagu ni je abg ben...semua lagu dia mmg berhantu..penuh perasaan..mudah sgt2 nk tersentuh bila dgr lagu2 beliau...

    BalasPadam