Jangan dah tiada , berdarah mata pun tidak berguna lagi ..

by - Isnin, Julai 12, 2010



h
Pagi tadi , dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke ERL Putrajaya , ada satu iklan di Sinar .. Permintaan seorang budak kecik andai ibunya masih hidup apakah yang ingin dilakukannya.. Hurmm...

Begitulah lumrah manusia .. yang masih hidup , bergaduh senantiasa ... bila dah tiada , mengenang ketiadaannya... Menangis tiada mungkin mengembalikan masa lampau .. Hurm... Aku sendiri sebagai manusia biasa pon banyak melakukan kesilapan .. Entahlah ..

Hari ini kita bernafas.. entah sebentar lagi , kita tak pasti apa ang berlaku pada kita .. Lihat sahaja contoh arwah Achik .. Tak sangka bukan ?

Perhatikan robot yg guna bateri tu .. sungguh pon kita tau jangka masa bateri tu tapi kita tak tau apakah bateri tu sempurna atau ada cacat celanya .. Paling tidak pon , bayangkan sedang robot tu bergerak , ditekan butang OFF .. terus zasss...mati ... nasib baik ada butang ON .. Kita ni bukan robot... sebab tu wujudnya pepatah , ' Yang pergi takkan kembali ' ..

Jadi , hargailah kedua ibu bapa kita , adik beradik , ahli keluarga , sahabat handai dan juga mereka mereka yang kita sayangi .. Jika bersua , berbicaralah dengan penuh kemesraan seolah tiada lagi hari esok dan berpisahlah dengan saling memaafkan ... andai kata jika tidak bersua lagi , tiada penyesalan di hati ..

BA: Buangkan jauh jauh ' TIADA MAAF BAGIMU ' !


You May Also Like

2 comments

  1. insaf. tp bila time lupa tu rasa macam hidup selama2 tak mati2 :(

    BalasPadam
  2. Itula, masa ada, x peduli. Bila xde, tercari2. moga3 kita sentiasa sedar kekhilafan kita ni. Amin.

    BalasPadam