Korang pelik tak ? aku pelik wooo...

by - Selasa, Julai 20, 2010

Pasai pa la depa mudah percaya dengan orang orang dlm internet ni ? Eh.. boleh percaya.. sapa kata tak boleh ??? Ada yang boleh dan ada yang tidak ... tapi berhati hati la.. ada yang buaya, ada yang biawak ... paling baik pun ala ala merpati ...

Penipuan dalam dunia maya ni tidak saja melibatkan wang ringgit tapi juga maruah diri .. ada yang sanggup menjaja nama orang , sanggup menjatuhkan maruah orang dengan menggunakan pelbagai cara ... antaranya laman web sosial dan juga blog ...

Laman web sosial seperti Facebook , menjadi tempat melepaskan geram dengan meletakkan pelbagai jenis kenyataan yang sedang dia alami .. Kalau dia geram kat bos , maka di tulisnya kat situ ... kalau benci kat kawan sepejabat , maka diluahkan kat situ .. Bagi aku.. boleh la tulis tapi jgn sesekali sebut namanya.. Amat tidak bertanggungjawab begitu .. perlu tahu bahawa yang ada dalam senarai rakan kita tu antaranya ahli keluarga , rakan rakan pejabat dan juga rakan rakan yang tidak dikenali .. Jika berbuat demikian , tidakkah menjatuhkan maruah orang itu ? Boleh disaman tau tak !!

Blog ..satu lagi tempat yang boleh disalahguna jika tidak berhati hati .. suka suka nak menceritakan apa saja yang tidak mereka gemari.. janganlah terlalu terbuka sangat bila 'mengutuk' ... kenapa ? Cuba cermin diri sendiri sebelum mengutuk ...

Blog membeli belah atau blogshop ... mmg banyak blogshop yang jujur namun masih ada yang tertipu dengan jual beli secara online ni.. Order lain , dapat lain .. atau duit bayar dah tapi barang tak dapat dapat sampai ke sudah.. ermm... berhati hati.. sebelum membeli , cuba dapatkan feedback dari rakan rakan yang pernah berurusan dengan blog tersebut ..

Hari ini dalam BHARIAN , Kastam mendedahkan berpuluh orang kerugian beratus ribu ringgit yang mana sebahagian besarnya orang cina dan melayu... Hurm... cepat sangat percaya sehingga sanggup bagi duit gitu gitu jer... Ni mesti kes nak kaya cepat .. haih...

Jadi , sebelum nak 'menghulur' tu , pastikan kesahihan dulu .. kalau melibatkan angka kecil tu , ok la kot.. kalau dah main ratus dan ribu ribu tu.. fikir fikir la dulu yer..

BA : ada yang boleh caya tapi tak boleh pakai !

You May Also Like

7 comments