Pembanci datang... Lariiiii ...

by - Isnin, Julai 05, 2010

Ari sabtu ari tu , aku ngan wife aku dok melepak je la dalam umah.. tak keluar g mana mana .. disebabkan aku dah ketagihan cerita korea tu.. selagi tak abis selagi tu aku layan !! Best woo.. aku pun tak tau part mana yang best... Tapi suka la watak mamat cool tu.. dan dan aku pun nak buat style rambut dia .. Wife aku menasihati aku agar jgn sesekali melakukannya .. itu untuk kebaikkan aku jugak .. kalau aku buat gak , dia pasti akan koma 2 minggu sebab gelak non stop.. huh..

Tapi betul la..rambut gitu tak terserlah kejantanannya la.. kena buat ala ala marine baru macho kan.. hahaha.. tak pun ala WOLVERINE.. hehehe... pakai je kuku kambing ... hahaha...

Berbalik pada cerita aku yang tak best ni , wife aku kata ada orang ketuk pintu.. aku ibarat agen CIA yang letak jawatan , terus meniarap .. tengok kot kot ada bayang bayang depan pintu .. Bahaya woo terus bukak pintu.. banyak kes rompakan skang ni .. Wife aku berlari naik atas ... jengok dari tingkap atas .. Aku menurutinya..

Ternampak ada sebijik kereta ... warna biru.. kelisa kot ... pastu ada dua orang wanita .. wahhh.. sapakah itu ?? Siap ngan fail gitu.. Aisey..takkan lawyer datang ari sabtu kot... Aku terus mengenakan baju dan seluar panjang ( tadi tak pakai baju n seluar pendek je.. tutup aurat la kalau nak bukak pintu pon ! ) lalu turun ke bawah..

Baru nak bukak pintu... dah diorng ilang... pergh..cam biskut lak ... maka , aku sambung terus tengok cerita tadi tapi dengan penuh tanda tanya.. Siapakah mereka itu ??? Nak kata berhutang , takat hutang ngan mak aku je.. tu pun hutang beli mee goreng ari tu .. Sapa ekkk ... Waran Tangkap ???? Neh.. tu bukan polis ... hurmm

Baru jap tadi ( tengahari 5/6/2070 ) wife aku bagitau ...kot kot pembanci yang datang tu ... Aiseymann.... Eh... dh mula membanci penduduk kah ? Aku tak pasti lak.. kalau takat umah aku , ada dua je tinggal .. tu tak termasuk 4 ekor ikan puyu dan juga adik beradik lipas ...

Entah ler ... Akak pembanci datang la nanti lagi yer... hehehe... Sebelum akak banci datang..kita nyanyi dulu lagi BANCI yer.. BANCI laa..bukan BENCI ...

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Maklumat banci banyak gunanya
Untuk merancang pembangunan Negara
Meneguhkan ekonomi kita
Meningkatkan taraf hidup kita semua
Banci tanggungjawab kita bersama…

Banci pengerak wawasan Negara
Terima kasih maklumat anda
Maklumat dijamin selamat rahsianya
Mari kita semua bekerjasama

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di Bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Kalau nak tau lebih lanjut berkaitan banci , sila la mengelik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

BA : Bila la nak jadi 3 ek...


You May Also Like

6 comments

  1. bagusnye siap ade lagu banci kat sini..hehe
    neway, sy dh follow ur blog..=)

    BalasPadam
  2. teringin nak jdi pembanci..smtara..x de..watpe..ni..huhuhu
    fatinmmj

    BalasPadam
  3. hehehe..lawakla en.ben ni.lagu banci pon tau.(^__^) insyaallah tak lama la tuh..

    BalasPadam
  4. En Ben.. jgn lari.. kesian kat pembanci2 tue.. nnt kena marah ngan penyelia sbb keja x siap.. hehehe...

    BalasPadam