PROMOSI dan PEMASARAN - 2

by - Khamis, Julai 01, 2010

Jika belum baca bahagian 1 , sila lakukan terlebih dahulu.. kang tak paham lak.. hehe..

Ada yang faham mengenai entri tersebut dan ada yang tidak . Maka di sini aku akan terangkan serba sedikit .. Ini cara aku berfikir mengenai blog ..

Setahun sebelum aku memilik blog aku sendiri , aku mencipta dua akaun FACEBOOK .. ini kerana aku nampak FACEBOOK akan memberi satu 'pulangan' yang besar pada aku satu hari nanti lalu aku mula menambahrakan rakan setiap hari .. Dan aku hanya add wanita sahaja ..

Kenapa aku add wanita saja ? Ada yang pk aku nak mengatal dalam tu.. Hehe.. Sapa la nak kat aku kan?? hahaha .. Tujuan aku add wanita adalah kerana wanita dalam FB umpama madu dan juga satu channel paling pantas menyebarkan maklumat .. Berbeza lelaki , mereka jarang bercerita mengenai dunia maya ..

Wanita umpama madu ? Jika aku add wanita ... secara tidak langsung lelaki akan tertanya tanya .. Siapa Ben Ashaari ? Kenapa FB dia ramai perempuan ?? Dan mereka akan add aku pula... Jadi di sini aku hanya perlu add satu jenis jantina saja dan secara automatik satu lagi jantina akan add aku .. Aku akan dapat 2 sekali.. Mana larat nak add dua dua kan .. hehee

Setelah itu aku mengenalkan diri aku kepada rakan rakan maya aku .. Cara aku memperkenalkan diri agak unik sedikit .. Aku terpandang pada cara seorang rakan aku yang gemar ber Q n A di FACEBOOK .. Tapi cara dia berlainan .. aku mengubah sedikit caranya ...

Bagaimana aku melakukannya ? Tunggu nanti episode akan datang .. hehehe .. ERL sampai dah ..hahaha


You May Also Like

2 comments

  1. potong stim la train ni
    tgh sdap2 bce

    BalasPadam
  2. haha.. sama rasa dgn farysa.. tgh syok baca, tetiba sambung nanti..

    BalasPadam