Sepi tanpa cinta

by - Jumaat, Julai 09, 2010

gambar hiasan

Terbaca pengalaman pembanci yang mana mereka akan membanci tanpa kira status termasuk juga pengemis .. Menyedihkan aku bila ada diantara mereka merempat di mana mana saja asalkan boleh melelapkan mata ..

Antara yang menyedihkan aku bila baca kisah mereka walaupun ringkas tapi dah cukup mengharukan aku .. Aku selalu terbayangkan nasib aku jika aku ditempat mereka.. Mampukah aku melalui hari hari aku dijalanan ? Kais pagi makan pagi .. Itu pun jika ada rezeki .. Jika tiada? Adakah aku akan menyelongkar tong tong sampah ? Atau pun merayu meminta pada orang yang lalu lalang ?

Aku senantiasa terbayangkan jika aku hidup sebatang kara dan sehelai sepinggang .. terbaring di tepi jalan dengan muka yang kusut masai .. melihat mereka mereka yang berada dalam kereta mewah dan juga mereka mereka yang lalu lalang sambil membawa plastik yang penuh dengan makanan tanpa mempedulikan aku ..

Antara alasan mereka yang merempat itu , tidak mahu menyusahkan anak anak mereka dan tidak mahu hidup keseorangan di kampung setelah kematian isteri mereka .. hurm... betapa insan ini sanggup keseorangan dan aku rasa pasti dia tidak mampu melupakan arwah isterinya.. Dia mungkin lebih rela hidup dengan mengenangkan saat manis bersama arwah.. haih...

Betapa aku bersyukurnya dengan kehidupan sekarang ... namun begitu aku perlu ingat hari tua aku .. Langit tak selalunya cerah ...

You May Also Like

3 comments

  1. aku mmg sedih gile la tgk orang tua merempat camni .kesian sgt .mane la sedara mara ,anak-anak diorang ?

    BalasPadam
  2. kesian dye. mcm mne agaknye klw ayh kte jd mcm 2. :(

    sy na jage ayh bile da kerje nanti!

    BalasPadam
  3. kesian dye. mcm mne agaknye klw ayh kte jd mcm 2. :(

    sy na jage ayh bile da kerje nanti!

    BalasPadam