Teringat keringat orang tua..

by - Isnin, Julai 19, 2010

Entah mengapa , tiba tiba aku terbayang kedua wajah orang tua aku lebih lagi ayah aku .. Segala pengorbanan dia yang selama ini ( sehingga kini ) tanpa kenal penat lelah seringkali membuatkan aku mengalirkan air mata bila teringatkan dia ..

Siang malam dia berusaha mencari duit untuk membesarkan anak anak dia ... Takkan dibiarkan anak anak dia merempat bila besar nanti dan disebabkan itulah dia berusaha memberi yg terbaik pada kitorang ..haih ...

Garang ? Garang garang dia , masih kenal darah daging dia .. Pukulan dia sekadar mengajar anaknya .. Dah la tu , 3 anak lelaki nak dijaganya..Bukan senang ... semua pakat liar dan nakal 24 jam.. sampaikan nak tidur pon bertekak.. takat berparang tu , biasa dah ... heheh

Dia ada satu keinginan ... insyaAllah aku cuba akan tunaikan satu hari nanti .. hurmm .. Sementara dia masih ada ...

You May Also Like

8 comments

  1. huhu..baca entry nih jadi rindu pulak kat mak ngan ayah kat kg.huhu

    BalasPadam
  2. Untunglah pada sesiapa yang masih punya ibu bapa sehingga kini. Boleh berbuat baik dan berbakti kepada mereka. Besar ganjarannya namun sebaik manapun kita menjaga mereka, kita masih tidak mampu membalas jasa mereka..

    BalasPadam
  3. setiap kali kenangkan papa, ingatkan dia, air mata mesti mengalir! sensetif sangat bila kenangkan ibu bapa..

    ingat susah payah nya masa mbesarkan kami..

    hmmm.. betull sementara dia masih ada.. nak lakukan yang terbaik..beri yang terbaik..

    BalasPadam
  4. pengorbanan org tua jgn di lupakan...erm..kl tingat balik kg cik ben...lagi2 nak puasa ni tingat je kan...

    BalasPadam
  5. bukan senang jadi parent...dolu2 bila ayah sekat itu dan ini rasa cam x puas hati je...tp now bila jadi parent kiter pun buat bende yg sama...seme pikir yg terbaik utk anak...walau pun ayah sgt garang tp syukur sgt...sbb itulah aku jadi manusia.

    en BEN dah ader anak ke en BEN? hehehehe....

    BalasPadam
  6. cakap pasal abah,.. teringat dedulu masa kecik kecik.. dia ajar.. kalau mintak apa apa tak pernah dia bagi on the spot.. memula tuh cam tensi jugak.. tapi lama lama paham kenapa dia buat macam tuh.. dia ajar anak dia erti susah.... emmmm baguskan kekadang apa yang parents kiter nie ajar yang dulu kiter tak nampak n sekarang baru nampak.. apa pun selamat menunaikan hasrat ayah enchek ben....

    BalasPadam
  7. Ben, hahaha...3 lelaki, sikit jek tuh...abah akak lg pulak 6 lelaki, 6 perempuan...haaa, apa kata Ben? Tp mmg salute, now semua berjaya...akibat dr kegarangannya tu laa...igt dulu2 sek. men. abah bg masa 5 hari suh hafal doa panjang lepas solat dr buku doa2 tuh...fuuuhh berpeluh kami..tp now..itulah doa yg terpanjang yang akak amalkan, bolehlah setakat nk jadi imam wanita tuh, hahaha...x main pendek2 pnya doa...hahahaa

    BalasPadam
  8. Gembirakanlah hati emak dan ayah kita selagi mereka masih ada. Kerana apabila mereka telah tiada. Rindu setengah mati pun mereka tak akan kembali. Hanya juraian air mata sahaja yang sudi menemani dan menyesali. Berapa orang anak yang sanggup mencuci najis emak ayah mereka. Berapa orang anak yang mampu menjaga emak ayah mereka hingga akhir nyawa. Namun Alhamdulillah Allah memberi syida kesempatan untuk menjaga arwah ayah syida walaupun tidak lama.

    BalasPadam