Teruk ! Teruk !

by - Jumaat, Julai 09, 2010

Dalam lrt tadi ( skang kat ERL ) , ada la sorang laki melayu yang mana usianya dah pon lanjut dan cacat penglihatan .. Dipimpin masuk oleh seorang wanita berbangsa cina dan kemudiannya berdiri .. Lrt tadi mmg ramai pengguna la.. biasa la kan , time balik kerja ..

Lelaki buta tadi tu , berdiri manakal di depannya terdapat seorang lelaki melayu yang agak berusia juga dan berpakaian kemas ... Sebelahnnya seorang wanita melayu yang masih mudah ... Korang rasa la kan , sapa yang akan berdiri ???

Teetttt... Salaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... dua dua tak ... maka berdiri la lelaki buta tu.. Bila dah dekat sampai satu stsn , adalah sorang makcik bangun dari tempat duduk dia ... Dengan pantas seorang perempuan melayu muda nak duduk .. Namun hasratnya terbantut bila seorang wanita cina menahannya dari berbuat demikian.. Dia suruh berikan tempat duduk tu pada lelaki melayu buta tadi ...

Camana tu ?? Haihhh .... pening jap aku tengok gelagat dalam lrt ...

BA: Satu malaysia ..

You May Also Like

15 comments

  1. bila dia dh tua n org wat cmtu balik kat dia, br nk nyesal kot...malaysian with no courtesy..sian si buta Y_Y

    BalasPadam
  2. bini aku masa tengah mengandung sarat pun ada pengalaman yang sama semasa dalam LRT. Terima kasih orang Malaysia

    BalasPadam
  3. lumrah kehidupan... begitulah

    BalasPadam
  4. heeee.... kalu laki tu berdiri depan mata diorang, memang patut r seseorang berdiri.

    BalasPadam
  5. Sememang nyer kebanyakkan org kita mmg dah hilang tata sila dah....sebenarnyer ini biasa di lihat.....

    BalasPadam
  6. lagi musykil bila tourist byk puji yang rakyat Malaysia ni tersangatlah friendly...ye ke?

    BalasPadam
  7. so true.. selalu berlaku..kadang2 geram jer nak minta mamat2 muda2 tu bangun..

    not to say that westerners are all good but when I was in the UK, they would always give their seats to girls/women/elderly/handicapped.. (tu dulu lah zaman 1990an..tak tau camna sekarang)

    once when I was like 8 months pregnant, had to stand all the way from KLCC to Station Putra.. uhuhu..felt like sajer buat2 nak bersalin kat situ kasi suspense sikit..

    MY LATEST ENTRY: Otak-otak Ayam @ Assam Pedas Melaka

    BalasPadam
  8. napa abg ben x sound saja yg duduk tu? x kisah lah walau apa sekalipun warna kulit kita, kita kan satu malaysia.. hummm nasib baik gak lah ada yang nak tolong sibuta tu...

    BalasPadam
  9. huhu...mmg ramai yang kurang prihatin bab2 ni kan.

    BalasPadam
  10. pernah lihat kes begini tapi ditempat makan.. kebetulan tiada tempat duduk.. ada satu couple yang dah habis makan masih cit cat merepek yang tak reti2 nak bangun bg org lain duduk.. lumrah

    BalasPadam
  11. wow..bhye tu..nmpk sgt ramai yg xalert..dah tu melayu gn melayu lak tu..ish3..nsb baik lah..ade gadis cina tu..=)
    Hit My Latest Update

    BalasPadam
  12. teruk betul orang Malaysia ((sesetengah je))

    BalasPadam
  13. Eee ... jgn la anak2 kita nnti brperangai mcm tu ...

    BalasPadam
  14. masih de yg prihatin wpun bukan dr bgsa kita

    BalasPadam
  15. alala sama mcm kes aku ptg tadi ben. eh eh aku nak citer gak la hahaha. dtg la jenguk blog aku ben. ko ni haha.

    blog aku

    BalasPadam