Abang angkat aku dapat Mr Universe lagi ? 7 Gelaran !

by - Isnin, Ogos 09, 2010

Bukan calang calang nak menang weh... berbaloi giler la ! Tahniah buat Sazali Samad !!!

Dari Harian Metro :

Impian pemegang gelaran Mr Universe lima kali itu menjadi kenyataan selepas membuktikan kehebatannya dalam Kejohanan Bina Badan Multi Asia di Teheran, Iran, sejak seminggu lalu dalam kategori lightweight (70kg).


“Akhirnya saya berhasil mendapat gelaran ketujuh itu. Sememangnya saya berusaha mendapatkannya dengan persiapan jauh lebih teliti,” katanya yang meluahkan penghargaan kepada keluarga, rakan, Persekutuan Bina Badan Amatur Malaysia (MBBF) dan Majlis Sukan Negara (MSN).


Tentu sekali ia menjadi pengubat luka buat atlet yang pernah memenangi pingat perak Sukan Asia Doha 2006 selepas tidak berpeluang menyertai Sukan Asia Guangzhou tahun ini memandangkan sukan itu tidak dipertandingkan.


Beliau yang menerima kejutan sambutan hari lahirnya ke-43 semalam oleh keluarganya turut disambut Presiden MBBF, Datuk Wira Gan Boon Leong.


Jelasnya bukan sesuatu yang mudah mencapai kejayaan itu apabila berhadapan tentangan sengit khususnya daripada peserta tuan rumah serta misi menurunkan berat badan.


“Alhamdulillah, semua itu berjaya diperoleh menerusi perancangan rapi setiap aspek baik dari segi pemakanan, latihan serta disiplin,” kata atlet kelahiran Batu Pahat itu.


Ternyata kejayaan itu bukan isyarat untuk terus leka tetapi semakin melonjakkan semangatnya untuk menambah koleksi gelaran dan kali ini pada Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia di India, Oktober ini.

“Selama dua bulan ini, saya akan memberikan sepenuh tumpuan untuk latihan dan persiapan ke kejohanan berkenaan biarpun ketika kesibukan menyambut Ramadan dan Syawal yang akan menjelang. Banyak pengorbanan perlu dilakukan selepas ini,” katanya.



You May Also Like

0 comments